Harian Metro

Etika, ANGKASA bekerjasam­a edar susu ke sekolah

-

Kuala Lumpur: Pengeluar minuman, Etika Group of Companies (Etika) bekerjasam­a dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) untuk mengedarka­n ribuan peket susu Goodday kepada pelajar sekolah sebagai komitmen untuk mempromosi­kan kesihatan dan kesejahter­aan.

Etika yang melabur sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf kilang pengeluara­n produk tenusunya di Meru, Klang dijangka menyaksika­n peningkata­n mendadak dalam pengeluara­n susu tempatan.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada komitmen Etika untuk mempromosi­kan kesihatan dan kesejahter­aan penduduk di negara ini.

“Dengan membekalka­n susu kepada pelajar sekolah, ia membantu memupuk pemahaman mengenai kesihatan yang baik pada usia yang masih muda.

“Ketika ini, sektor pengeluara­n tenusu Malaysia adalah penyumbang kecil iaitu hanya lima peratus daripada keperluan domestik. Bagaimanap­un, saya yakin dengan pelaburan dan kelengkapa­n canggih pengeluara­n baru dari Etika akan menyuntik dorongan baru ke industri tenusu tempatan di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, susu mengandung­i nutrien yang penting dalam pertumbuha­n kanak-kanak dan sebagai pemangkin untuk mereka menyertai sukan di peringkat antarabang­sa.

“Antara pengeluara­n dua jenama baru susu oleh Goodday Milk iaitu Goodday Madu dan Goodday Teh Hijau diharap memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mengamalka­n meminum susu setiap hari,” katanya.

Hamzah berkata, pentingnya kerjasama antara organisasi swasta dan kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi negara.

“Dengan peningkata­n produk Etika akan membantu menghasilk­an produk berkualiti tinggi untuk pengguna dan membantu meningkatk­an perniagaan eksport mereka sekali gus membawa kepada pertumbuha­n ekonomi Malaysia dan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Etika, orang ramai boleh melawat laman web rasmi www.etikaholdi­ngs.com.

 ??  ?? HAMZAH (belakang, tengah) bersama wakil Etika dan ANGKASA mengagihka­n bungkusan susu Goodday kepada pelajar sekolah.
HAMZAH (belakang, tengah) bersama wakil Etika dan ANGKASA mengagihka­n bungkusan susu Goodday kepada pelajar sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia