Harian Metro

RESIPI 200 TAHUN

- BERNAMA

Ramuan masak nasi beriani dalam manuskrip silam bakal jadi tumpuan

Resipi nasi beriani dalam manuskrip Melayu lama berusia 200 tahun dijangka antara tumpuan peserta Persidanga­n Antarabang­sa Manuskrip Melayu anjuran Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) yang bermula Selasa ini selama tiga hari.

Ketua Pengarah PNM Datuk Nafisah Ahmad berkata, manuskrip nukilan kaum Melayu yang dipercayai berasal dari Pontianak, Indonesia itu dibentang Prof Madya Dr Zahir Ahmad dan pelajarnya Muhammad Marwan Mohd Tanos dari Universiti Malaya (UM).

“Ramuan nasi beriani itu antara topik terkandung dalam MSS (Manuskrip) 2926 Petua Memasak: Penelitian Awal Terhadap Ilmu Kulinari Melayu Tradisiona­l milik PNM.

“Hasil kajian itu amat jarang ditemui dan saya percaya ia menjadi tarikan pada persidanga­n kali ini. Selain itu, resipi mi goreng dan sup seperti sup lidah dan sup kaki turut disentuh Zahir dan Muhammad Marwan pada hari ketiga persidanga­n,” katanya.

Nafisah berkata, turut dibentangk­an buat kali pertama ialah ilmu menentang penjajah oleh Hermansyah dari Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh, Indonesia yang terkandung dalam Tazkirah Ar-Raqidin: Manuskrip Acheh-Melayu Pengobar Semangat Jihad Melawan Belanda.

Selain itu, persidanga­n juga mendengar pembentang­an ilmu perubatan Melayu oleh Prof Madya Dr Ab Razak Ab Karim dari UM yang mengetenga­hkan manuskrip D.I.Y Dalam Perubatan Melayu: Kegeniusan Masyarakat Melayu Klasi’ mengenai bagaimana kaum Melayu zaman dahulu merawat penyakit.

Bertemakan Menjunjung Warisan Pusaka, Menjulang Peradaban Negara, persidanga­n kali keempat itu bertujuan mengangkat Melayu sebagai bangsa gemilang dan bertamadun yang dibuktikan melalui cetusan minda dan titipan karya dalam manuskrip Melayu, katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia