Harian Metro

Taja sarapan sihat

-

Seramai 800 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun daripada 29 tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara ditaja dengan sarapan selama dua tahun oleh pengeluar produk makanan antarabang­sa, Kellogg.

Pengarah Kilang Kellogg Asia Products Sdn Bhd Arindam Saha berkata, Program Sarapan Untuk Hari Ceria yang dianjurkan dengan kerjasama Food Aid Foundation dan KEMAS itu inisiatif terbaik bagi mendidik amalan pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak. “Program ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak memahami dan mempelajar­i mengenai khasiat pemakanan seimbang dan kepentinga­nnya kepada kesihatan demi masa depan yang baik.

“Malah, melalui beberapa aktiviti kami dibantu beberapa sukarelawa­n dengan menggalakk­an mereka membuat pilihan makanan yang bijak dari kecil selain tidak membazir makanan,” katanya dalam Program Sarapan Untuk Hari Ceria di Universiti Taylor’s di sini, semalam.

 ??  ?? ARINDAM (kiri) bersama kanak-kanak tadika sempena Program Sarapan Untuk Hari Ceria, semalam.
ARINDAM (kiri) bersama kanak-kanak tadika sempena Program Sarapan Untuk Hari Ceria, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia