Harian Metro

IKRAR CINTA SESAMA INSAN

- Norhadiani Baharom am@hmetro.com.my

Mereka hanya sebahagian daripada ribuan golongan yang berikrar menderma organ. Keputusan ini kerana ingin memberikan kehidupan lebih baik kepada penghidap masalah organ.

Aireen Abd Rashid, 23, jururawat di Hospital Shah Alam (HSA) berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat penjelasan berhubung prosedur pendermaan organ.

“Kebanyakan orang salah Kuala Lumpur: Purata harian penggunaan pengangkut­an awam mencatat kenaikan 12 peratus kepada 638,608 dari Januari hingga Ogos tahun ini berbanding 570,021 tahun lalu.

Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) berkata, ia bertambah selepas penurunan sembilan peratus tahun lalu susulan proses kajian harga tambang rel bandar yang dilaksanak­an pada 2015.

Namun katanya, jumlah itu tidak termasuk penggunaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 yang merekod kenaikan purata harian 101,024.

SPAD berkata, Laluan LRT Kelana Jaya mendahului pertambaha­n 26 peratus tahun ini kepada 271,250 daripada 215,855, diikuti Laluan LRT Ampang yang naik tanggapan. Mereka fikir apabila kita berikrar bererti kita wajib menderma organ sedangkan ia terpulang kepada individu.

“Saya terfikir kenapa kita yang sihat dan berkemampu­an menderma takut berbuat demikian walhal kita boleh membantu menyelamat­kan nyawa orang lain,” katanya.

Seorang lagi penderma, Syazwani Wahab, 27, berkata, dia pada mulanya terpengaru­h dengan berita negatif membabitka­n pendermaan organ.

“Mula-mula saya sangsi mengisi borang ikrar derma organ, tetapi selepas membaca penjelasan daripada sudut pandangan agama, ianya boleh dilakukan dan tidak menyeksa mayat. Jadi saya pun terpanggil menjadi penderma organ sekiranya suatu hari nanti saya meninggal dunia.

“Tiada salahnya membantu golongan yang memerlukan. Kita tidak tahu mungkin suatu hari kita akan mengalami nasib sama atau berlaku dalam keluarga kita,” katanya yang bertugas sebagai jururawat.

Kedua-dua wanita prihatin itu ditemui di Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Penderma Organ Peringkat Negeri Selangor yang berlangsun­g di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.

Ia dirasmikan Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Datuk Azman Abu Bakar.

Program itu diadakan bermula 7 hingga 15 Oktober ini.

Berhubung keberkesan­an program tahunan itu dalam menggalakk­an orang ramai mendaftar sebagai pengikrar, Azman berkata, sehingga 31 Ogos lalu, 394,809 mendaftar sebagai pengikrar

Dua jururawat tekad jadi penderma organ untuk beri kehidupan baik kepada pesakit

di negara ini dengan 40.34 peratus ialah Cina, Melayu (30.61 peratus), India (22.79 peratus) dan lain-lain 6.27 peratus.

Beliau menambah, pemindahan organ diperlukan bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ seperti buah pinggang yang mana kos haemodiali­sis setiap pesakit sekitar RM40,000 berbanding kos pembedahan pemindahan buah pinggang RM30,000.

 ??  ?? AIREEN
AIREEN
 ??  ?? SYAZWANI
SYAZWANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia