Purata penggunaan pengangkutan awam naik 12%
14 peratus kepada 184,931 daripada 161,779 sementara KLIA Transit pula naik 10 peratus kepada 19,420 daripada 17,719.
Namun penggunaan beberapa pengangkutan awam lain menurun susulan kerja penambahbaikan termasuk perkhidmatan KTM Komuter yang jatuh kepada 103,074 daripada 108,023 tahun lalu susulan Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang menjejaskan kekerapan tren.
“Kami menjangka penggunaan kembali stabil dan pulih apabila kerja menaik taraf KVDT meliputi landasan dan sistem isyarat siap pada 2019 bagi memodenkan rangkaian KTM Komuter sejauh 42 kilometer,” kata SPAD.
Ia berkata, penggunaan KL Monorel menurun 11 peratus susulan penggantian tren empat gerabak berikutan aspek keselamatan yang menjejaskan kekerapan tren.
Namun menurut SPAD, kajian Indeks Kepuasan Pelanggan menunjukkan 84 peratus responden berpuas hati dengan pengangkutan awam tahun lalu, bertambah 10 peratus daripada tahun sebelumnya.
“Dapatan ini menunjukkan kerajaan di landasan betul dalam merancang dan melaksanakan inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara.
“Rekod penyampaian projek pengangkutan awam
yang tepat pada masanya baru-baru ini membuktikan proses rancangan masa depan berjalan lancar,” katanya.– BERNAMA