Harian Metro

Ayah minta hutang anak kena belasah

-

Dua beradik berusia 20-an cedera di kepala, dahi, hidung dan tangan apabila dipukul lelaki yang mengamuk selepas bapa mangsa menuntut hutang di kedai makan di Sungai Sok, Manek Urai, di sini, Khamis lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10.40 pagi apabila pemilik kedai makan berusia 50-an meminta suspek membayar hutang makan dan minumnya selama ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superinten­dan Abdullah Roning berkata, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu ditegur pemilik kedai kerana sering tidak membayar hutangnya.

Katanya, teguran itu membuatkan suspek yang berusia 43 tahun marah dan berlaku pertengkar­an sebelum dia menyimbah air serta membaling meja ke arah pemilik kedai.

“Dua anak mangsa cuba meleraikan keadaan, tetapi lelaki itu memukul anak perempuan mangsa menggunaka­n kerusi hingga cedera di kepala, tangan kiri serta kanan.

“Anak lelaki mangsa juga dicakar di hidung dan dahi hingga cederasebe­lum dileraikan jiran mereka,” katanya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia