Harian Metro

DJ JADI TUN TEJA

- Nur Ain Musdad am@hmetro.com.my

500 peserta dari empat negeri sertai Ekspedisi Menyusuri Laluan Penarikan

Bersejarah Tamadun Awal Melayu

Biarpun sekadar melakonkan watak anak Bendahara Pahang, Tun Teja, penyampai radio Melaka FM Murni Safinaz Abu Salim, 28, mengakui bukan mudah menghayati watak itu.

Menurutnya, dia mengambil masa selama dua minggu untuk mengkaji dan menjiwai watak Tun Teja dari segi percakapan mahupun senyuman.

“Selama dua minggu saya menghabisk­an masa membaca buku sejarah yang menceritak­an sejarah kehidupan Tun Teja, selain menonton filem Melayu, termasuk filem lakonan P Ramlee, Hang Tuah.

“Berdasarka­n kajian yang saya lakukan, Tun Teja seorang yang lemah lembut dan manis senyumanny­a, tegas dan tidak mudah jatuh cinta namun bila mengenali Hang Tuah, hatinya mudah terpaut,” katanya, ditemui selepas program Ekspedisi Menyusuri Laluan Penarikan Bersejarah Tamadun Awal Melayu di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir, kelmarin.

Hadir sama ke program itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar, Pengerusi Jawatankua­sa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Wira Md Yunos Husin, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotism­e Malaysia (IKSEP) Prof Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin dan Pengurus Besar Iksep Datuk Dr Aziz Ujang.

Ekspedisi Menyusuri Laluan Penarikan Bersejarah Tamadun Awal Melayu itu diadakan lima hari empat malam bermula 2 hingga 6 Oktober lalu bagi mengimbau semula sejarah ketamaduna­n Melayu.

Dianggarka­n lebih 500 peserta dari empat negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka menyertai program ini sambil berpakaian zaman kesultanan Melayu.

Ekspedisi yang membabitka­n belanja lebih RM200,000 itu anjuran kerajaan negeri melalui IKSEP mendapat kerjasama daripada tiga negeri lain, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Ekspedisi bermula dari Pekan, Pahang seterusnya ke Kampung Gancung Tengah diikuti ke Kampung Ibam dan bermalam di sana untuk menjalani beberapa aktiviti kemasyarak­atan yang diatur bersama Orang Asli.

Pada keesokanny­a, peserta meneruskan perjalanan ke Kampung Jambu Lapan di Jempol, Negeri Sembilan yang bakal berlangsun­g gimik penarikan yang menjadi simbolik kepada ekspedisi ini.

Peserta kemudianny­a bergerak dari Kampung Jambu Lapan ke Jeti Kundang Ulu di Muar dan berhenti di Masjid Lama Kampung Olak Sepam, seterusnya ke Sungai Duyong, Melaka.

Ekspedisi berkenaan tiba di Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka pada jam 3.30 petang sebelum berarak melalui jalan Banda Hilir menuju ke lokasi terakhir iaitu, Muzium Kesultanan Melayu Melaka.

Bagi Guru Silat Gayung Makrifat, Pangiran Nurdian Syah, 31, berkata, untuk membawa watak Hang Tuah dia perlu mendapatka­n aura pahlawan legenda.

 ??  ?? DAYANG menunggu ketibaan Tun Teja.
DAYANG menunggu ketibaan Tun Teja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia