Harian Metro

TAMAT GENCATAN SENJATA

 ARSA sedia berdamai sekiranya cadangan diterima Myanmar

- AFP

Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) semalam memberitah­u gencatan senjata yang diisytihar­kan kumpulan itu di Rakhine, Myanmar bakal tamat dua hari lagi.

Kumpulan pemisah itu juga memberitah­u mereka terbuka untuk keamanan sekiranya kerajaan Myanmar mahukan perkara yang sama.

Dalam satu kenyataan melalui Twitter, ARSA berkata, gencatan senjata sebelah pihak itu akan tamat pada tengah malam Isnin ini.

“Gencatan kemanusiaa­n ini dibuat bagi membolehka­n agensi bantuan menilai dan bertindak kepada krisis kemanusiaa­n di Arakan.

“Sekiranya pada mana-mana tahap, Myanmar mahukan keamanan barulah ARSA akan menerima hasrat itu,” kata kenyataan itu.

Bagaimanap­un, kumpulan itu tidak membuat sebarang ancaman secara terus.

Krisis di utara Rakhine itu tercetus selepas kumpulan bersenjata berkenaan menyerang beberapa pos kawalan polis pada 25 Ogos lalu.

Tentera Myanmar yang bertindak balas didakwa membunuh ratusan penduduk Rohingya dan membakar kampung.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, keadaan di Rakhine umpama satu pembersiha­n etnik dan mendesak Myanmar menghentik­an serangan.

Lebih setengah juta penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dalam tempoh enam minggu sekali gus mencetus krisis pelarian di rantau itu.

Etnik Rohingya dianggap sebagai orang paling tertindas di dunia selepas dinafikan hak kerakyatan oleh Myanmar dan sering ditindas di negara it u .

 ??  ?? WANITA Rohingya beratur ketika hujan untuk menerima bantuan makanan di kem pelarian Kutupalong di Ukhiya, Coxs Bazar, Bangladesh kelmarin. - EPA
WANITA Rohingya beratur ketika hujan untuk menerima bantuan makanan di kem pelarian Kutupalong di Ukhiya, Coxs Bazar, Bangladesh kelmarin. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia