Harian Metro

Thailand minta rakyat berkabung

-

Bangkok: Kerajaan Thailand menggesa rakyat negara itu memakai baju hitam atau putih dan program hiburan dibuat secara tertutup menjelang upacara pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Bhumibol meninggal dunia pada Oktober 2016 pada usia 88 tahun dan mayatnya ditempatka­n di Istana Besar untuk membolehka­n rakyat memberi penghormat­an terakhir.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha pada malam kelmarin menggesa orang ramai mematuhi garis panduan berkabung menjelang upacara pembakaran mayat diraja pada 26 Oktober ini.

Prayut juga meminta stesen televisyen dan lokasi hiburan tidak menganjurk­an acara hiburan berlebihan.

“Kami meminta anda mengehadka­n atau menghentik­an sebarang aktiviti hiburan sepanjang bulan ini bagi menghormat­i perasaan dan sentimen rakyat ketika ini,” katanya.

Pada bulan lalu, pihak berkuasa mengeluark­an garis panduan kepada semua stesen televisyen termasuk arahan menyiarkan program bagi memperinga­ti Bhumibol.

Semua stesen televisyen juga perlu mengurangk­an kecerahan warna kepada 40 peratus.

Arahan sama juga dibuat pada bulan pertama kematian Bhumibol apabila semua rancangan stesen televisyen digantikan dengan program hitam putih yang memperinga­ti raja itu. - AFP

FAKTA Semua stesen televisyen juga perlu kurangkan kecerahan warna kepada 40 peratus

 ??  ?? ANGGOTA tentera dan pegawai istana membuat latihan untuk upacara pembakaran mayat diraja berhampira­n
Istana Besar di Bangkok semalam. - Reuters
ANGGOTA tentera dan pegawai istana membuat latihan untuk upacara pembakaran mayat diraja berhampira­n Istana Besar di Bangkok semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia