Harian Metro

Remaja cuba godam komputer pegawai AS

-

London: Seorang remaja mengaku bersalah di sebuah mahkamah di sini atas tuduhan cuba menceroboh komputer pegawai Amerika Syarikat (AS) termasuk pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) dari rumahnya di Britain.

Kane Gamble, 18, mengaku salah atas 10 tuduhan cuba menceroboh pada lewat 2015 dan awal 2016 yang menyasarka­n Jabatan Keadilan AS dan beberapa pegawai keselamata­n negara itu.

Pegawai itu termasuk bekas Pengarah Perisikan Nasional, James Clapper, bekas Setiausaha Keselamata­n Negara, Jeh Johnson dan timbalan pengarah Agensi Perisikan Pusat (FBI).

Gamble yang berasal dari Coalville, Leicester dibebaskan dengan jaminan dan hukuman terhadapny­a diputuskan pada 15 Disember depan.

Sebelum ini, hakim di Britain menjatuhka­n hukuman penjara hingga dua tahun terhadap beberapa penggodam di negara itu.

Menurut laporan media, cubaan menceroboh komputer itu berlaku ketika satu kumpulan dikenali sebagai “Crackas With Attitude” menyerang komputer pegawai AS dan keluargany­a antara Oktober 2015 dan Februari 2016.

Jabatan Keadilan AS menahan dua lelaki pada September 2016 di Carolina Utara kerana disyaki sebahagian rangkaian berkenaan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia