Harian Metro

AMBIL BAHAN TERLARANG

 ASUM sahkan atlet terjun wanita negara ‘sangkut’ ujian doping

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) menerusi Presidenny­a, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahka­n seorang atlet terjun wanita negara yang gagal ujian doping ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu mengambil bahan terlarang jenis sibutramin­e.

Shahidan berkata, badan induk itu juga sudah menghubung­i atlet terbabit dan dia bersetuju membuka sampel B serta sudah melakukan permohonan secara langsung kepada Jawatankua­sa Anti Doping Sukan SEA 2017.

“Untuk makluman, Panel Disiplin ASUM mengadakan mesyuarat hari ini bagi membincang­kan dua kes yang berlaku ketika ini. Pertama kes doping yang membabitka­n seorang atlet ASUM, iaitu atlet dalam kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

“ASUM sudah menerima surat daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), memaklumka­n akan keputusan ujian doping atlet terbabit yang dikesan positif sibutramin­e dari ujian doping dijalani di KL2017 lalu. Pihak ASUM sudah menghubung­i atlet terbabit dan buat masa ini dia sudah meminta sampel B diuji,” kata Shahidan pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Panel Disiplin ASUM di Hotel Seri Pacific, semalam.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, hingga sampel B diuji, selaras dengan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), nama serta pengenalan mengenai individu itu tidak boleh didedahkan.

Berikutan itu, Shahidan menegaskan yang ASUM juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan lanjut sehingga Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) membuat keputusan.

Mengenai kes gangguan seksual membabitka­n seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan kepada salah seorang atlet, Shahidan berkata, ASUM tidak boleh mengulas lanjut malah tidak dapat membincang­kan kes terbabit kerana ia masih di bawah siasatan polis.

 ?? FOTO: MUHD ZAABA ZAKERIA ?? SHAHIDAN (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat khas ASUM di Hotel Seri Pacific, semalam.
FOTO: MUHD ZAABA ZAKERIA SHAHIDAN (tengah) mempengeru­sikan mesyuarat khas ASUM di Hotel Seri Pacific, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia