Harian Metro

TEKAD BERAKSI LUAR NEGARA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kesukaran skuad Harimau Malaya meraih kemenangan ke atas pasukan handalan kerap dikaitkan dengan ketumpulan jentera serangan pasukan.

‘Penyakit’ itu bukan sesuatu yang baru sebaliknya sudah lama melanda sejak 30 tahun lalu. Lantas, penubuhan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dijangka dapat memberi jawapan kepada ‘penawar’ yang dicari.

Untuk itu, mari kita kenali lebih dekat ayam tambatan NFDP, Luqman Hakim Shamsudin yang bakal disandarka­n harapan untuk merubah wajah bola sepak Malaysia satu hari nanti.

Soalan (S): Boleh ceritakan bagaimana anda mula berjinak-jinak dengan sukan bola sepak?

Jawapan (J): Saya mula main bola sepak pada usia enam tahun dan ketika darjah dua saya sudah berjaya mewakili Kelantan dalam pasukan My Kid Soccer. Masa darjah empat pula, pasukan My Kid Soccer Kelantan hantar saya dan rakan sepasukan ke Terengganu untuk mengikuti pemilihan pasukan projek 2019 untuk di bawa ke Croatia. Bermula pada hari itulah, saya bercita-cita ingin bermain secara serius dan menjadikan sukan ini sebagai kerjaya utama saya.

S: Siapa individu bertanggun­gjawab dalam memperkena­lkan anda kepada sukan ini?

J: Individu penting yang mengajar saya bermain bola adalah Cikgu Rosnani, Cikgu Hassbullah, Cikgu Abdul Rahman dan Cikgu Rosdi. Keempat-empat individu inilah yang selalu memberi semangat kepada saya untuk lebih maju dalam bidang bola sepak.

S: Jika anda balik ke Kelantan, makanan apakah yang anda paling gemari?

J: Makanan kegemaran saya apabila balik ke Kelantan adalah budu, nasi putih, sayur putih, ikan selar dan ayam goreng. Makanan inilah yang sedap di mata orang Kelantan.

S: Anda dilabel antara penyerang muda terbaik di negara ini. Berbekalka­n latihan di NFDP yang diterajui jurulatih berpengala­man, Lim Teong Kim, boleh kongsi tahap prestasi anda?

J: Sejak di bawah program NFDP, kami sering didedahkan dengan pelbagai kejohanan dan aksi bertaraf antarabang­sa di Eropah. Saya diajar bagaimana untuk menjadi seorang penyerang yang berilmu. Jurulatih selalu ingatkan saya bermain menggunaka­n ‘otak’ iaitu berfikir dengan pantas ketika berada dalam kawasan penalti lawan. Alhamdulil­lah, tahap keyakinan dan motivasi saya cukup tinggi dan bersedia untuk menggalas tugas merobek benteng lawan.

S: Semua tahu pemain NFDP akan dilepaskan sebaik berusia 17 tahun. Apa perancanga­n anda selepas menjangkau usia itu? Apa impian anda dalam sukan ini?

J: Apabila keluar dari pasukan nanti, saya mahu pergi bermain ke luar negara dan menjadikan bola sepak sebagai kerjaya. Bagi saya, untuk maju dalam bola sepak kita kena bermain di luar bukannya di liga tempatan. Jika saya berjaya di luar negara nanti, saya mahu bawa orang tua ke Tanah Suci dan itu impian besar saya.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini?

J: Saya suka legenda Brazil, Zico. Ia kerana bapa saya sering memanggil saya dengan nama itu. Mungkin sebab gaya permainan saya seperti Zico sebab itu bapa panggil saya begitu. Malah, bapa saya juga peminat tegar skuad Samba.

 Luqman idam teruskan karier di liga luar, mahu bawa ibu bapa ke Mekah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia