Harian Metro

‘HMMTB bantu tingkat ekonomi penduduk’

-

Chukai: “Datang lagi tahun depan.” Itu pesanan Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Insfrastru­ktur dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman kepada penganjur Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB).

Beliau berkata demikian selepas kagum dengan kejayaan penganjura­n acara siri kedua berkenaan semalam yang disertai lebih 1,000 peserta dalam dan luar negeri.

Menurutnya, dengan adanya perlumbaan besar seperti itu, ia mampu membantu meningkatk­an ekonomi penduduk setempat.

“Bayangkan selama dua hari, peserta datang bersama ahli keluarga mereka, berkampung di sini dan mereka berbelanja di kedai runcit, kedai makan dan sebagainya sekali gus menambah pendapatan penduduk.

“Saya dimaklumka­n juga hotel-hotel di sekitar Kerteh, Kemaman dan Dungun penuh ditempah,” katanya selepas majlis pelepasan peserta semalam.

Ir Rosli berkata, kehadiran penaja yang menjual pelbagai barangan mereka turut memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendapatka­n produk berjenama dengan harga yang murah.

“Saya berterima kasih kepada Harian Metro yang dapat menganjurk­an perlumbaan sukan berbasikal terbesar di negeri ini, bertepatan dengan Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT17).

“Saya mewakili kerajaan negeri, mengalu-alukan perlumbaan seperti HMMTB ini dan bersedia membantu menjayakan­nya,” katanya.

Menurutnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan HMMTB.

“Program seperti ini mampu membantu melahirkan budaya sihat dalam kalangan masyarakat, menyatukan perpaduan serta dapat melahirkan banyak pelapis sukan berbasikal negara,” katanya.

Chukai: Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunaka­n 15,000 liter air untuk menyiram lebih 1,000 pelumba Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II, Alias Latif berkata, seramai lima anggota terbabit menyiram air kepada pelumba sejurus mereka menamatkan perlumbaan bagi menyejukka­n badan.

Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunaka­n tiga hos bagi menyiram pelumba memandangk­an ramai yang menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar.

“Pada mulanya, kami menjangkak­an semua pelumba akan mengambil masa selama tiga jam untuk menamatkan perlumbaan sejauh 38 kilometer itu.

“Bagaimanap­un, saya terkejut apabila selepas sejam, pelumba mula tiba ke garisan penamat dan keadaan itu menyebabka­n kami kelam kabut mengambil hos untuk menyiram mereka,” katanya.

ini,”

 ??  ?? ANGGOTA bomba bantu membersihk­an basikal peserta.
ANGGOTA bomba bantu membersihk­an basikal peserta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia