Harian Metro

FAUZAN TERUSKAN DOMINASI

- Aida Adilah Mat, Zatul Iffah Zolkiply sukan@hmetro.com.my

 Akui keputusan tinggalkan Jelajah Malaysia untuk

sertai HMMTB sangat berbaloi

Chukai

Pengalaman nyata memberi kelebihan buat pelumba Giant, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi yang sekali lagi menguasai saingan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 Siri Dua di Kerteh, semalam.

Lebih manis, seorang lagi pelumba Giant, Muaz Abdul Rahim menamatkan saingan di kedudukan kedua sekali gus mengesahka­n dominasi skuad berkenaan.

Fauzan, 31, yang meraih emas di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini, melepasi garisan penamat dengan catatan 1 jam 19 minit 30 saat dengan Muaz kedua (1:19:34s) manakala Abdul Halim Hasan dari Nadiz Cycling Team ketiga 1:20.33s.

Fauzan yang turut mengunggul­i saingan siri pertama HMMTB di Bukit Merah berkata, keputusan meninggalk­an Jelajah Malaysia yang memasuki peringkat terakhir semalam untuk menyertai HMMTB sangat berbaloi biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang untuk sampai ke Terengganu.

“Pada mulanya saya tidak pasti sama ada mahu menyertai siri HMMTB di Kerteh kerana berada di Gunung Jerai namun memikirkan misi dan selepas mendapat pelepasan daripada jurulatih, akhirnya sampai juga saya di sini.

“Kemenangan ini memberikan saya kepuasan biarpun sedikit letih selepas menempuh perjalanan yang panjang.

“Saya mempunyai misi yang perlu direalisas­ikan iaitu melakar sejarah muncul juara keseluruha­n buat kali keempat berturut-turut dalam siri perlumbaan HMMTB ini,” katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah, Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Ir Rosli Othman, Ketua Bahagian Pejabat Majlis Perbandara­n Kemaman Cawangan Kerteh, Anita Othman, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif (Rencana & Pengeluara­n) Harian Metro, Othman Mamat.

Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga setiap kategori masing-masing membawa pulang RM1,000, RM700 dan RM500 berserta pingat.

Sementara itu, Masziyaton

Mohd Radzi mengunggul­i kategori wanita terbuka. Pelumba dari Kedah itu merekodkan 1:34.52s untuk menewaskan pencabar utama, Sarocha Kamonlakho­n dari Thailand All Star (1:37.26s) dan Noor Azian Alias dari Deuter Pinky di tangga ketiga (1:38.07s).

Kategori remaja dikuasai Muhammad Yusri Shaari 1:23.11s diikuti Khairul Aniq Mohamad Ghazali (SBS Giant) 1:23.36s dan Nati Samansanti (Haatyai MTB Thailand) 1:23.31s.

Bagi kategori Junior Master lelaki, Mohd Zukri Tahir dari pasukan Polygon Malaysia muncul juara dengan catatan 1:23.46s diikuti Surachet Sun Jui (Thailand All Star, 1:25.17s) dan Azizulazli Shaari (1:26.11s).

Kategori lelaki senior Master dimenangi Muhammad Razani Hussain dengan catatan 1:27.05s diikuti pencabar dari Thailand All Star, Prasert Chitmart 1:29.03s dan Tan Chee Yong dari pasukan SBS Giant 1:29.06s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia