Harian Metro

Dendam Masziyaton terbalas

-

Chukai: Pelumba SBS Giant, Masziyaton Mohd Radzi

berjaya membalas dendam kekalahan pada siri pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Bukit Merah apabila menguasai kategori wanita terbuka HMMTB di Kerteh, Terengganu, semalam.

Masziyaton yang cukup sinonim dengan HMMTB, mempamer kayuhan bertenaga untuk menguasai laluan sejauh 38 kilometer sekali gus menewaskan pencabar dari Thailand All Star, Sarocha Kamonlakho­n (1:37.26s) dan Noor Azian Alias dari Deuter Pinky (1:38.07s).

Masziyaton yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua ketika saingan di Bukit Merah berkata, dia tidak boleh terlalu leka dengan kejayaan itu kerana masih ada satu lagi saingan HMMTB di Sungai Buaya, Selangor selepas ini.

Bagaimanap­un, kemenangan yang diraih di Kerteh memberi kepuasan seterusnya membakar semangat untuknya terus memburu kejayaan dalam saingan HMMTB selain turut menyasarka­n untuk menyertai skuad negara di Sukan Asia Palembang-Indonesia selepas ini dalam acara basikal bukit ataupun lebuh raya.

“Alhamdulil­lah, saya gembira dengan kemenangan hari ini sebab saya pun tidak menyangka dapat menamatkan perlumbaan sebagai juara.

“Cabaran yang diterima hari ini juga sengit kerana pelumba handalan terutama dari Thailand

>>Masziyaton akui tidak boleh leka ketika berdepan saingan sengit pelumba Thailand

turut serta,” katanya.

Mengulas mengenai strategi yang digunakan, Masziyaton yang pernah muncul sebagai juara keseluruha­n HMMTB dua tahun lalu berkata, dia cuma fokus kepada laluan kerana ia adalah laluan pantas dan berbatu selain sedikit berbukit di 10km sebelum ke garisan penamat.

Selepas ini, HMMTB 2017 akan berlangsun­g di Sungai Buaya, Selangor dan turut menawarkan saingan sengit selain menjadi penentu siapakah yang bergelar juara keseluruha­n kejohanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia