Harian Metro

Tayar pancit bukan halangan

-

yang datang dari jauh, jurulatih di Grik, rakan pasukan dan keluarga yang sentiasa memberi dorongan,” katanya.

Mengulas mengenai saingan di Kerteh, Yusri berkata, laluan yang disediakan tidak begitu sukar namun cabaran yang diterima dari lawan terutama dari Aniq dan pelumba Thailand sangat sengit.

Justeru, dia yang berusia 18 tahun itu berharap dapat mengekalka­n momentum menjelang saingan di Sungai Buaya selepas ini. Chukai: Walaupun tayarnya pancit ketika perlumbaan berbaki 18 kilometer, bapa kepada empat anak ini masih mampu bersaing sekali gus menjadi juara bagi Kategori Lelaki Senior Master HMMTB 2017 di Kerteh, semalam.

Dengan catatan masa 1 jam 27.05 saat, Muhamad Razani Hussain, 51, dari Kota Bharu, Kelantan berjaya menewaskan Prasert Chitmart (1 jam 29.03 saat) dan Tan Chee Yong (1 jam 29.06 saat).

Dengan kemenangan itu, Muhamad Razani membawa pulang RM1,000 dan pingat manakala Prasert dan Chee Yong masing-masing membawa pulang RM700 dan RM500 serta pingat.

Muhamad Razani berkata, dia mula menyedari angin tayar basikalnya berkuranga­n ketika berada pada jarak 20 kilometer terakhir.

“Ketika itu, perlumbaan masih berbaki 18 kilometer dan keadaan itu menyebabka­n kayuhan saya semakin perlahan.

“Mujurlah angin keluar sedikit demi sedikit dan jika tidak, mungkin ia akan membataska­n perlumbaan saya hari ini.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya menamatkan perlumbaan walaupun mengalami sedikit masalah teknikal,” katanya.

Katanya, dia gembira dengan perlumbaan yang dianjurkan HMMTB di Kerteh yang disifatkan sesuai untuk semua peringkat umur.

“Walaupun ada laluan berbukit dan lasak tetapi saya rasa semua peserta seronok dan teruja dengan perlumbaan ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia