Harian Metro

KENDALI JENTERA ‘GILA’

- AFP

 Hamilton

Lewis Hamilton mencipta cabaran psikologi dalam perebutan juara Formula Satu selepas merebut petak utama Grand Prix Jepun, semalam.

Pelumba Britain itu yang mengatasi pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dengan kelebihan 34 mata sambil berbaki lima perlumbaan, memacu jentera Mercedes untuk mencipta rekod litar dengan catatan satu minit, 27.319 saat, sekali gus merangkul petak utama ke-10 dalam 16 perlumbaan musim ini.

Valtteri Bottas merakam masa kedua terpantas tetapi Vettel akan menyertai Hamilton di barisan depan selepas pemandu Finland itu dikenakan penalti lima petak kerana menukar kotak gear.

“Jentera saya seolah-olah ‘gila’ di sini,” kata Hamilton selepas mengumpul 71 petak utama sepanjang kariernya dan yang pertama di Suzuka.

“Litar ini antara yang terhebat dunia dan dengan keadaan jentera saya, ia seolah-olah sukar dipercayai,” tambah juara dunia tiga kali itu yang mahu bangkit di Jepun selepas dikecewaka­n pemandu Red Bull, Max Verstappen di Malaysia minggu lalu.

“Saya berjaya mencapai kelajuan yang boleh dikatakan luar biasa dan saya seolah-olah mengendali­kan roller-coaster!!

“Ia sesuatu yang hebat. Sudah 10 tahun saya menunggu untuk petak utama di sini.”

Kejayaan Hamilton yang juga pemenang tiga kali di Litar Suzuka itu dilihat sebagai amaran buat Vettel yang perlu menang minggu ini untuk membuka kembali peluang muncul juara dunia.

“Jentera saya jauh berbeza minggu ini dan saya lebih seronok mengendali­kannya,” kata Hamilton.

“Memang seronok apabila jadi begini. Biasanya, Ferrari akan bangkit esok tetapi rancangan kami ialah untuk mengekalka­n mereka di belakang.”

Vettel yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Malaysia selepas bermula dari petak paling belakang, menguasai sesi latihan kelmarin tetapi gagal mengulangi­nya di sesi kelayakan.

“Saya cuba melakukan segala-galanya di pusingan terakhir walaupun saya tahu ia sedikit berisiko,” kata pemandu Jerman itu.

“Saya sedar bahawa kami akan berada di petak depan kerana Valterri dikenakan penalti dan keadaan itu membuatkan kami gembira.”

 ?? Sebastian Vettel ?? BOTTAS HAMILTON rebut petak pertama di GP Jepun, semalam. Saya cuba melakukan segala-galanya di pusingan terakhir walaupun saya tahu ia sedikit berisiko,”
Sebastian Vettel BOTTAS HAMILTON rebut petak pertama di GP Jepun, semalam. Saya cuba melakukan segala-galanya di pusingan terakhir walaupun saya tahu ia sedikit berisiko,”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia