Harian Metro

LA ROJA MAKIN GARANG

- Reuters

 Lopetegui puji komitmen tinggi pemain Sepanyol ketika benam

Albania walaupun beraksi tanpa beberapa tonggak utama

Licante

Sepanyol menjamin tempat ke Piala Dunia 2018 selepas mempamerka­n aksi garang pada babak pertama perlawanan kelayakan untuk gah menewaskan Albania 3-0, semalam. Penyerang Valencia, Rodrigo Moreno yang membuat aksi antarabang­sa pertamanya, membuka tirai jaringan pada minit ke-16 sebelum pemain tengah Real Madrid, Isco menambah kelegaan pada minit ke-23.

Sepupunya, Thiago Alcantara meledak gol ketiga, tiga minit kemudian.

“Kami sangat gembira kerana mencapai objektif yang sangat penting dalam bola sepak Sepanyol,” kata jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui.

“Ia sangat sukar tetapi kami sudah melakukann­ya dengan bermain bola sepak yang bijak.”

Satu-satunya sudut negatif yang berlaku ke atas Sepanyol adalah dari prestasi tidak menentu Gerard Pique yang diejek penyokong Alicante yang berada di satu sudut setiap kali dia menyentuh bola selepas menyokong kemerdekaa­n Catalan.

Meskipun kehilangan beberapa pemain berpengaru­h seperti Alvaro Morata, Andres Iniesta dan Dani Carvajal kerana kecederaan, juara dunia 2010 itu jelas sekali tidak tergugat.

“Perkara terbaik mengenai pasukan ini adalah komitmen, keinginan dan semangat yang dipamerkan setiap pemain,” kata Lopetegui.

“Tanpa ragu, sikap ini adalah perkara terbaik dimiliki pasukan dan sekiranya kami meneruskan keinginan sama, kami pastinya akan menjadi pasukan hebat.”

Sepanyol meraih 25 mata dan meledak 35 gol daripada sembilan aksi peringkat Kumpulan G, hanya tercicir mata ketika terikat 1-1 di laman Itali tahun lalu dan dijadual berkunjung ke Israel, esok untuk perlawanan terakhir kelayakan ke Russia.

“Sepanyol adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kerana pemain mereka mempunyai banyak pengalaman dan hari ini kami melihat kualiti yang mereka miliki,” kata jurulatih Albania, Christian Panucci.

 ??  ?? ISCO (kanan) cuba melepasi kekangan pemain Albania Taulant Xhaka. PEMAIN Sepanyol ceria selepas berjaya menewaskan Albania.
ISCO (kanan) cuba melepasi kekangan pemain Albania Taulant Xhaka. PEMAIN Sepanyol ceria selepas berjaya menewaskan Albania.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia