Harian Metro

Janji bukti kemampuan

-

Kowloon, Hong Kong: Penyerang muda skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Safawi Rasid bersedia menggalas tugas selaku penyerang kedua di belakang Darren Lok apabila berdepan Hong Kong pada perlawanan ketiga Kumpulan B Kelayakan Kejohanan AFC 2019 di Stadium Hong Kong, Selasa ini.

Safawi berkata, ketiadaan Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Shahrel Fikri terselit peluang buatnya untuk mempamerka­n ‘sengat’ tersendiri selepas cemerlang membantu skuad B-22 meraih pingat perak di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu.

“Saya bersedia bermain di bahagian penyerang sekiranya diturunkan. Meskipun ia satu tanggungja­wab berat tapi saya sedia memikulnya.

“Saya berjanji akan memberikan persembaha­n terbaik untuk membalas kepercayaa­n jurulatih.

“Saya akan menggunaka­n kesempatan ini untuk membuktika­n

kemampuan sebenar. Saya berharap rakan sepasukan juga dapat menunjukka­n prestasi terbaik bagi memastikan kemenangan pertama berjaya diraih,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Pusat Sukan Tseung Kwan O, semalam.

Pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu kini menjadi pilihan utama pengendali negara, Nelo Vingada untuk digandingk­an bersama Darren selepas Hazwan dan

Shahrel diketepika­n saat akhir akibat kecederaan.

“Sebagai penyerang semestinya saya mahu menjaringk­an gol.

Saya yakin kami boleh mengejutka­n mereka biarpun Hong

Kong dipenuhi dengan pemain naturalisa­si,” katanya.

 ??  ?? SAFAWI mahu balas kepercayaa­n yang diberikan
jurulatih.
SAFAWI mahu balas kepercayaa­n yang diberikan jurulatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia