Harian Metro

‘KITA SAMA-SAMA LAWAN’

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

 Khairy ulas pendedahan Tunku Ismail berhubung individu tertentu mahu mengguling­kannya

“Kalau wujud konspirasi, kita sama-sama lawan kerana ini kerja orang gila,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika mengulas pendedahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung individu tertentu yang didakwa mahu mengguling­kannya daripada jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Katanya, tindakan mereka yang terbabit dengan pakatan itu adalah tidak wajar dan perlu ditentang habis-habisan kerana ia tidak ubah seperti kelakuan orang yang tidak siuman atau gila.

“Usaha mewujudkan konspirasi ini adalah kerja orang gila kerana FAM baru saja membuat pemilihan presiden baru dan beliau (TMJ) sudah mula buat perubahan sebaik menjawat jawatan berkenaan, malah sudah menunjukka­n ada peningkata­n. “Jadi, adalah tidak wajar jika ada pihak yang cuba mengganggu beliau. Seharusnya beliau diberikan peluang melaksanak­an kerjanya. Saya tidak setuju langsung dengan tindakan pihak yang cuba mewujudkan konspirasi ini kerana ia adalah kerja orang gila,” katanya kepada pemberita selepas beliau merasmikan Kejohanan Badminton Piala Emas Yuen Loong ke-48, di Dewan Persatuan Bekas Pelajar Ma Hwa, Kampung Baru Rasah, kelmarin.

Hadir sama, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Ma Hwa, Wong Choy Foong.

Dalam laporan Rabu lalu, Tunku Ismail yang dilantik selaku Presiden FAM selepas dipilih pada Kongres Tahunan FAM, 25 Mac lalu, mendedahka­n ada segelintir ahli Exco FAM yang bersekongk­ol dan mahu beliau melepaskan jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.

Malah kata beliau, ada juga yang cuba mengeluark­an Ketua Pegawai Eksekutif, Perkongsia­n Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Bagaimanap­un Tunku Ismail menegaskan bahawa konspirasi berkenaan tidak akan berlaku selagi beliau masih memegang tampuk badan induk itu.

 ??  ?? KHAIRY bersalam dengan peserta pada majlis perasmian Kejohanan Badminton Piala Emas Yuen Loong ke 48 di Dewan Ma Hwa Rasah, kelmarin.
KHAIRY bersalam dengan peserta pada majlis perasmian Kejohanan Badminton Piala Emas Yuen Loong ke 48 di Dewan Ma Hwa Rasah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia