Harian Metro

Puneswaran enggan fikir masa depan

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Penolong kapten Melaka United, G Puneswaran enggan terlalu memikirkan soal masa depannya bersama pasukan terbabit walaupun kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

Sebaliknya, pemain pertahanan kanan itu mahu memfokuska­n pertemuan terakhir Liga Super berdepan Kelantan, 28 Oktober nanti di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Dia yang cemerlang membantu Melaka kekal di Liga Super untuk musim depan berkata, fokusnya adalah untuk memperbaik­i kedudukan pasukan.

Katanya, dia juga bangga dengan prestasi Melaka apatah lagi mereka mencatat empat kemenangan berturut-turut pada saingan terakhir liga sehingga berada di zon selamat.

“Harapan tinggi pengurusan dan peminat untuk menyaksika­n Melaka kekal di Liga Super bukan mudah untuk direalisas­ikan. Namun, kesungguha­n, komitmen dan usaha gigih semua pemain jelas memberi impak terbaik sehingga misi yang seakan mustahil sebelumnya berjaya direalisas­ikan,” katanya.

Puneswaran mengaku dia serasi dan seronok bersama Melaka terutama selepas dia turut membantu kejayaan pasukan muncul juara Liga Perdana musim lalu.

Justeru, dia bertekad untuk membantu skuad Hijau Putih meraih salah satu gelaran di pentas Liga Malaysia 2018.

 ??  ?? KONTRAK Puneswaran bersama Melaka United berakhir hujung musim ini.
KONTRAK Puneswaran bersama Melaka United berakhir hujung musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia