Harian Metro

Mahu keluar zon selesa

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Meskipun memiliki ijazah Sarjana Muda Psikologi, bintang baru, Farah Nabilah, 25, akhirnya memilih lakonan sebagai karier dengan memulakan langkah menerusi drama Inikah Cinta pada 2015.

Dapat peluang lagi menggalas watak utama, impak populariti dikecapi Farah kini lebih menyerlah apabila menjayakan drama Titian Cinta yang disiarkan TV3 dalam slot Akasia.

Melakonkan watak Rahadatul Aisy, Farah digandingk­an dengan Zul Ariffin sebagai Umayr Harris dan gandingan mereka kini menjadi sebutan.

Farah akui gementar berlakon di sisi Zul kerana itu kali pertama mereka bekerjasam­a. Sebagai pelakon baru yang masih hijau pengalaman, Farah bimbang lakonannya tidak menyerlah.

Katanya, Zul pelakon berbakat besar dan dilihat mudah menjiwai setiap watak dilakonkan, jauh berbeza dengan dirinya.

“Terus terang, watak Rahadatul Aisy sangat mencabar kerana perlu bermain banyak emosi. Apatah lagi dalam tempoh hampir dua tahun aktif berlakon, kebanyakan yang saya lakonkan watak ringan.

“Ia tidak memerlukan permainan karakter dan emosi yang berat hingga membawa saya terperap ke zon selesa. Apabila ditawarkan berlakon Titian Cinta, saya teragakaga­k juga untuk menerima atau tidak.

Farah anggap lakon watak berat dalam Titian Cinta bina pengalaman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia