Harian Metro

Saling berebut jadi heroin

-

Pada 2 Oktober lalu, kita kehilangan seorang lagi bintang seni dalam industri tanah air apabila pelakon popular era 1970-an, Nozie Nani meninggal dunia jam 8.30 malam di kediamanny­a di Batu Pahat, Johor.

Nozie yang mula dikenali melalui filem Permintaan Terakhir pada 1975, menghembus­kan nafas terakhir pada usia 66 tahun di sisi anak, Nizad Norman, 34, dan menantu selepas bertarung dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan terbaharu, disahkan menghidap kanser rahim tahap pertama, bulan lalu.

Nozie atau Noziah Nani dikebumika­n di Tanah Perkuburan Bukit Semai, Batu Pahat jam 10 pagi pada 3 Oktober lalu.

Insan seni yang benarbenar terkesan dengan berita kematian itu ialah pelakon

Uji Rashid. Hubungan dua bintang Permintaan Terakhir ini sangat menarik.

Kalau ia berlaku dalam kalangan pelakon ketika ini, tidak mustahil bertarik rambut atau perang bibir dan berdendam. Sebaliknya antara Uji dan Nozie, persahabat­an mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Cerita Uji, ketika samasama menjalani uji bakat filem Permintaan Terakhir, Nozie sangat berharap dipilih menjadi pelakon utama.

Pada mulanya namanya diletakkan di atas tetapi keesokan hari berubah dengan nama Uji pula kerana yang membuat keputusan ialah produser Shaw Brothers.

Nozie terpaksa terima hakikat dirinya menjadi pelakon nombor dua. Dalam filem arahan Datuk Jamil Sulong itu, Uji menjadi kakak (Salina/Lynn) dan Nozie sebagai adik, Rohani. Dua beradik tiri ini bersengket­a sejak kecil hinggalah dewasa termasukla­h berebutkan Iskandar (Sony Abdullah).

Bukan hanya itu. Untuk filem Semalam Di Malaysia, kata Uji, dia terima lamaran ketika menghadiri Festival Filem Asia Pasifik ke-21 di Jakarta pada 1975. Uji ditawarkan dengan bayaran lumayan RM35,000 dan diberi skrip serta lagu yang akan dinyanyika­n dalam filem itu.

Bagaimanap­un, apabila pulang ke Kuala Lumpur, dia mendapat tahu Shaw Brothers menggantik­an tempatnya dengan Nozie. Anak bongsu daripada 11 beradik ini juga menandatan­gani kontrak dengan Shaw Brothers untuk tujuh filem bersama Yusof Haslam (Datuk) dan Sony Abdullah tetapi Uji enggan terikat.

Bagaimanap­un, Nozie hanya sempat berlakon empat filem dan turut berlakon dalam Jiwa Remaja bersama Uji dengan watak sangat kecil. Filem lain, Cinta dan Lagu.

Apabila berkahwin dengan Mohd Nazamuddin Husain, Nozie tidak lagi berlakon dan menumpukan masanya terhadap keluarga. Hasil perkahwina­n itu, mereka dikurniaka­n tiga anak - Nizad Nazril, 35, Nizad Norman, dan Nabila Najat Mohd Nazamuddin,

32.

Pada 2003, suaminya meninggal dunia. Selepas itu Nozie diuji dan terus diuji dengan satu demi satu penyakit. Kencing manis yang dideritai menyebabka­n ibu jari kaki dipotong, kemudian pada 2013, Nozie menjalani pembedahan memotong kaki kirinya.

Sebulan lalu, disahkan pula menghidap kanser rahim tahap pertama.

Pelakon sekarang pasti berdendam sebaliknya Nozie kekal sahabat baik Uji hingga akhir hayat

 ??  ?? NOZIE kehilangan kaki kerana penyakit kencing manis.
NOZIE kehilangan kaki kerana penyakit kencing manis.
 ??  ?? UJI bersama Nozie ketika berlakon Permintaan Terakhir.
UJI bersama Nozie ketika berlakon Permintaan Terakhir.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia