Harian Metro

Tatapan terakhir

-

Walaupun jarang bertemu kerana seorang di selatan dan seorang lagi di

Kuala Lumpur, Uji akui hanya telefon menjadi penghubung mereka. Akhir-akhir ini Nozie sering menghubung­inya dan menceritak­an derita dan penyakit dihidapi.

Masih terngiang-ngiang di telinganya luahan hati sahabatnya menangis setiap kali bercakap dengannya dan Uji cuba menggembir­akan hati sahabatnya dengan mengatakan penyakitny­a berat mungkin untuk memberi peluang kepadanya untuk mudah pulang ke syurga.

Sahabat yang dikenali seorang yang lincah tetapi kini kehilangan sebelah kaki, tentu amat terpana dengan dugaan itu.

Ramadan lalu, pada 18

Jun, ada peluang mereka untuk bertemu kerana Nozie sanggup ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis Buka Puasa bersama Perdana Menteri di Seri Perdana.

Dengan ramainya insan seni yang hadir, dengan batas pergerakan­nya berkerusi roda, walaupun berhubung melalui WhatsApp mengenai kedudukan meja mereka, tetapi kalau sudah tiada rezeki, sudah dekat pun tiada peluang. Ternyata tiada rezeki untuk mereka berjumpa.

Kali terakhir bercakap dengannya, Nozie meminta ampun dan maaf daripada

Uji serta minta dihalalkan makan minum.

Pada 1 Oktober lalu, pesanan daripada rakannya sungguh meruntun jiwanya. Bukan Nozie yang menghantar pesanan tetapi anaknya memaklumka­n khabar duka pemergian Nozie Nani menemui Yang Maha Esa.

Betapa hatinya meronta ingin menatap kali terakhir wajah sahabatnya itu tetapi apakan daya, dirinya sendiri serba kekurangan.

Mujur seorang sahabat, Kit Rushuhaimi dan kawannya sedia membawanya ke Batu Pahat pada 2 Oktober lalu untuk menghadiri majlis pengebumia­n sahabatnya itu.

Mereka bertolak dari Kuala Lumpur jam 6 pagi, sempat tiba sebelum jenazah dikebumika­n. Uji sempat menatap wajah sahabatnya buat kali terakhir.

Pesan Uji kepada anakanak sahabatnya, jagalah nama baik ibu kalian kerana Nozie Nani orang yang baik. Harapan Uji, anak-anak Nozie bersatu dan sentiasa bersama dalam suka dan duka menempuh dugaan dan ujian.

 ??  ?? UJI di pusara sahabatnya.
UJI di pusara sahabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia