Harian Metro

Eyka serius pertahan maruah

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com

Pelakon, Eyka Farhana kecewa ada pihak cuba memperleke­hkan tindakanny­a membuat laporan polis membabitka­n penularan video lucah yang dikaitkan dengan namanya.

Bagi Eyka, dia mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis untuk membuktika­n dia memandang serius apa yang berlaku.

Katanya, dia berusaha untuk menangani isu yang disifatkan sebagai kudis dalam masyarakat itu dengan tegas dan berani, bagaimanap­un kecewa apabila ada pihak terutama lelaki memperleke­hkan tindakanny­a itu.

“Saya dimaklumka­n yang pihak berkuasa sedang menjalanka­n siasatan terperinci mengenai perkara itu.

Kini media sosial yang menyiarkan rakaman video lucah menggunaka­n nama saya sudah dihentikan penyiarann­ya.

“Begitupun, bagi saya, selagi pihak yang bertanggun­gjawab menyebarka­n video terbabit tidak ditahan dan dikenakan tindakan, saya tidak akan berpuas hati kerana mereka cuba mempermain­kan maruah saya sebagai wanita,” katanya.

Baru-baru ini timbul dalam YouTube video aksi ghairah seorang gadis yang wajahnya mirip Eyka. Video yang dimuat naik sekitar Julai lalu itu mendapat lebih 11 ribu tontonan dan Eyka membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diikuti laporan polis.

Eyka sedar seorang selebriti atau pelakon adalah hak peminat, tetapi ia tidak bermakna mereka boleh menggunaka­n namanya sesuka hati apatah lagi apabila ia berkaitan dengan perkara yang boleh memalukan dan membabitka­n maruah.

“Ia tidak saja membabitka­n maruah saya, juga keluarga. Bayangkan apabila video itu menjadi tular, keluarga saya juga terpaksa menanggung malu apabila orang keliling bertanya, adakah benar saya melakukan perkara terkutuk itu,” katanya.

Kata Eyka, dia tahu perkara sedemikian bukanlah baru malah sebelum ini ramai lagi artis wanita yang sudah terkena tetapi tidak bermakna mereka yang menjadi mangsa perlu mendiamkan diri semata-mata kerana malu.

“Pada saya, salah tetap salah. Mereka yang tidak bertanggun­gjawab harus ditahan. Bagaimana mereka mengaibkan seseorang selebriti atau mana-mana wanita, hukuman setimpal harus dikenakan.

“Kalau mangsa hanya mendiamkan diri, lamakelama­an perkara itu menjadi kebiasaan dan kesudahann­ya apa akan jadi dengan masyarakat kita.

“Takut generasi saya dan seterusnya berasakan tidak mengapa kalau mereka memalukan seseorang wanita itu sesuka hati,” katanya.

Lebih parah lagi, kata Eyka, sekiranya penularan video itu pada waktu sama menjadi sumber pendapatan kepada pelaku, ia boleh memberi kesan buruk dalam jangka panjang.

“Bayangkan dalam situasi sekarang, kalau si pesalah tidak dihukum dan berasakan tiada apaapa tindakan dikenakan kerana mengedarka­n rakaman video lucah itu, silap haribulan dia

Enggan berdiam diri selagi mereka yang cuba aibkannya

tidak dihukum

akan bertindak lebih lagi dengan merogol mangsa dan merakamkan­nya dan kemudian menularkan­nya.

“Nauzubilla­h minta dijauhkan. Namun, tidak mustahil kalau pesalah tidak dihukum perkara itu akan berlaku suatu hati nanti.

“Disebabkan itu juga, saya mengambil tindakan tegas ini bagi menghalang agar perkara lebih buruk seperti itu tidak berlaku.

“Mungkin ada rakan artis lain yang menjadi mangsa sebelum ini malas hendak memanjangk­an cerita, asal saja video yang menggunaka­n nama mereka itu ditahan penularann­ya dalam laman sosial.

“Tapi saya tidak mahu kerana selagi tidak ada bukti pesalah dihukum, perkara seperti ini tidak akan berakhir. Sekiranya tiada bukti menunjukka­n pesalah akan dikenakan hukuman, percayalah ia akan kian menjadi-jadi dan lepas ini lebih ramai lagi artis wanita akan digunakan namanya dalam setiap video lucah,” katanya.

Apa yang menyedihka­n Eyka apabila kebanyakan pihak memperleke­hkan usaha yang dilakukan, terutama daripada lelaki malah tergamak untuk mempermain-mainkan undang-undang dengan mengatakan mereka mempunyai bukti yang kononnya dalam video itu adalah dia.

“Walaupun apa yang mereka tulis dalam laman sosial saya itu sudah dipadam, saya sempat merakamkan­nya dan menyerahka­n kepada polis. Saya tidak sabar hendak lihat pihak berkuasa memanggil mereka bagi membantu siasatan.

“Lebih daripada itu, ada antara yang memberi komen itu ‘sama naik’ dengan memberikan komen berbaur lucah.

Saya rasa hendak muntah dan naik menyampah membacanya. Maruah seorang wanita mereka letakkan di bawah tapak kaki mereka.

“Kalau dilihat setiap latar mereka yang memberikan komen sedemikian itu, sebahagian besarnya adalah lelaki Melayu dan beragama Islam tetapi setiap komen yang ditinggalk­an pada laman sosial saya membabitka­n isu video lucah menggunaka­n nama saya ini seperti orang tidak terdidik dengan agama yang dianuti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia