Harian Metro

Harap Zul-Ayda kembali

-

Memang Cik Pang akui drama adaptasi novel kini menjadi pilihan kebanyakan penonton TV. Boleh dikatakan tayanglah apa saja drama adaptasi novel, pasti mendapat perhatian penonton apatah lagi kalau teraju utamanya pelakon popular.

Macam drama Titian Cinta kini ditayangka­n di slot Akasia TV3. Cik Pang dengar sambutan penonton agak hangat macam pisang goreng panas.

Ditambah lagi ada babak romantik antara pelakon utamanya, Zul Arifin yang sanggup mendukung heroinnya.

Apa pun, di sebalik penerimaan baik penonton itu, Cik Pang dengar ada yang menyamakan lakonan Zul seperti dalam drama Rindu Awak

200%. Terutama ketika

Zul melakonkan babak romantik.

Ada penonton terkenangk­enang lakonan Zul bersama Ayda Jebat. Malah ramai penonton menyimpan impian mengharapk­an supaya ada drama baru menggandin­gkan Zul dan Ayda.

Apa yang Cik Pang dengar lagi, hingga kini belum ada pasangan pelakon yang mampu menandingi keserasian pernah ditonjolka­n Zul dan Ayda dalam drama dibintangi mereka.

Bagaimanap­un, apa yang boleh Cik Pang katakan, kerinduan peminat yang ingin menyaksika­n gandingan Zul dan Ayda terubat selepas menonton drama Titian Cinta.

Walaupun heroin yang berganding dengan Zul masih baru, sekurangku­rangnya lakonan romantik Zul sangat menjadi.

Tapi manalah tahu kalau memang satu hari nanti

Zul dan Ayda akan bersatu semula dalam karya drama seperti diinginkan peminat.

Cik Pang yakin peminat Zul mahu pun Ayda pasti tidak putus-putus berdoa semoga pasangan serasi di layar ini berganding semula.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia