Harian Metro

Bahagia cuma depan lensa

-

Ungkapan cinta itu indah atau cinta itu buta memang selalu juga Cik Pang dengar. Apatah lagi bagi pasangan yang hangat bercinta.

Semua kenangan percintaan mereka boleh dikata indah belaka lebihlebih lagi apabila berkongsi foto mesra di laman sosial.

Apapun, keadaan yang indah dan bahagia itu selalunya berubah selepas pasangan sejoli berkenaan mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, Cik Pang mendapat cerita mengenai hubungan perkahwina­n membabitka­n pasangan selebriti yang tidak kurang popularnya.

Mengikut apa disampaika­n kepada

Cik Pang, kebahagiaa­n pasangan itu hanya dipaparkan di hadapan lensa kamera saja.

Sebaliknya apabila lensa ditutup, hubungan kasih dibina atas dasar cinta itu umpama telur di hujung tanduk.

Apatah lagi sumber

Cik Pang memberitah­u seorang daripada pasangan ini sebenarnya berlaku curang. Ada kekasih lain.

Terkejut dan mengucap panjang juga Cik Pang dibuatnya. Bukan apa, pandai betul selebriti itu dan pasanganny­a berlakon.

Cik Pang ingatkan mereka hanya hebat beraksi dalam lakonan tetapi hakikatnya di alam realiti kehidupan lagi mantap.

Namun begitu, Cik Pang mahu berbaik sangka. Cik Pang mendoakan semoga hubungan perkahwian selebriti itu dan pasangan dapat dipertahan­kan semula atau berakhir dengan cara baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia