Harian Metro

Debar nanti seminggu lagi

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Zehra rasa masa berlalu pantas menjelang pernikahan

pada 14 Oktober

Pengalaman putus tunang tahun lalu hampir membuatkan penyanyi Zehra Zambri, 30, enggan memikirkan lagi soal jodoh. Malah, setiap jejaka yang cuba mengetuk pintu hati, dilayan sekadar kawan.

Penyanyi yang pernah dikenali dengan lagu Semalakama dan kini menjadi pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) mengakui lepas putus tunang, pernah berkawan dengan seseorang tetapi putus awal tahun ini.

Katanya, dia pernah rasa gusar sama ada akan berkahwin atau tidak apatah lagi pernah putus tunang sebelum ini.

“Tambah pula apabila saya mula bekerja dalam bidang penyiaran sebagai wartawan dan pengacara bersama RTM sejak tahun lalu. Rata-rata rakan di sini sudah berusia dan belum berkahwin.

“Ketika usia mencecah 30 tahun dan menjadi anak perempuan tunggal dalam keluarga, keinginan untuk menamatkan zaman bujang sentiasa bermain di fikiran,” katanya.

Apapun Zehra bersyukur apabila awal Februari lalu, dia diperkenal­kan oleh rakan dalam program realiti disertainy­a, Ikon Siarawan dengan jejaka kacak asal dari pantai timur.

Katanya, jejaka itu adalah senior rakannya ketika menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Zehra akui, pada awal perkenalan­nya dengan Wan Muhammad Nurhafiz Hariri Wan Mohd Effendi, 28, dia skeptikal dengan jarak usia antara mereka. Ini kerana jejaka itu tidak memenuhi kriteria lelaki idaman kerana lebih muda dua tahun dan asal Kelantan.

“Sebenarnya, bekas tunang saya dulu mempunyai jarak usia lebih 10 tahun berbanding saya tetapi kali ini lebih muda. Apabila memikirkan dari segi jarak usia, memang saya harapkan seseorang yang matang dan berusia. Namun, Allah sudah tentukan jodoh dan saya kena terima.

“Saya juga bukan antilelaki dari sana cuma jarak jauh yang membuatkan saya fikir dua tiga kali. Bayangkan apabila giliran pulang berhari raya,” katanya ketawa.

Pun begitu, dia bersyukur bakal suami tidak bekerja dalam bidang sama sepertinya. Kata Zehra, bakal suami adalah guru yang mengajar di Bangsar dan baru saja habis pengajian peringkat sarjana serta mungkin menyambung ke peringkat doktor falsafah (PhD) pula tahun depan.

“Saya bersyukur kami mempunyai latar belakang berbeza. Bagi saya ini perlu supaya tidak mendatangk­an masalah pada masa depan,” katanya.

Apapun Zehra akui dia juga merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD dalam bidang sama sebagai persediaan untuk bergelar pendidik pada masa depan.

“Saya memang ada perancanga­n untuk bergelar tenaga pengajar dalam bidang komunikasi kerana sudah lalui bidang itu daripada peringkat sarjana muda dan sarjana.

“Sebab itulah pada masa ini saya memilih untuk bekerja dalam bidang penyiaran agar sekurangku­rangnya ada pengalaman sebelum bergelar pensyarah,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai bakal suami, kata Zehra, mereka berkenalan tidak lama. Selepas seminggu berkenalan, Nurhafiz terus menyuaraka­n keinginan memperiste­rikan Zehra, seterusnya membawa Zehra berjumpa keluargany­a.

“Kami tidak melalui proses bertunang kerana tidak mahu lagi melalui episod tahun lalu. Keluarga pihak lelaki hanya menghantar rombongan merisik beberapa bulan lalu.

“Apabila difikirkan semua, saya berasa pelik berada di tahap ini agak cepat. Namun, kerana keseriusan ditunjukka­n dan saya dibawa berjumpa keluargany­a, saya lega.

“Dari situ saya sedar dia memang serius mahu menjadikan saya isterinya yang sah. Selepas kami berasa selesa dan nampak serasi, ibunya datang merisik pada 8 April lalu,” katanya.

Dirancang bernikah dengan Nurhafiz pada 14 Oktober ini, Zehra akui persiapan hari bersejarah itu hanya tinggal 80 peratus saja.

Katanya, pada masa ini dia hanya perlukan pengesahan daripada tetamu jemputan saja. Selain saudara mara, dia juga menjemput rakan ketika menyertai program realiti Ikon Siarawan dan Gadis Melayu dulu.

“Disebabkan saya anak tunggal perempuan, ibu bapa saya merancang untuk mengadakan majlis besarbesar­an.

“Ikutkan, mahu majlis ringkas saja tetapi mereka mahu buat secara meriah. Saya memilih tema Inggeris untuk resepsi ini,” katanya.

Sehari selepas majlis resepsi di Kuala Lumpur, majlis sambut menantu bertema tradisiona­l songket akan diadakan pada 18 Oktober di Kota Bharu, pula.

 ??  ??
 ??  ?? ZEHRA bersama ibu bapa dan Nurhafiz.
ZEHRA bersama ibu bapa dan Nurhafiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia