Harian Metro

Terbuka terima kritikan

-

Bagi Farawahida, sudah enam tahun dia tidak muncul dengan lagu baru. Kali terakhir membuat rakaman, muncul dengan lagu Jangan Tanya Aku Lagi pada April 2011.

Berkahwin dengan Abdul Shukur Mohd Zain, 31, pada Disember 2013, Fara akui masih aktif menyanyi dan sering diundang menyanyi untuk majlis korporat.

Katanya, namanya mungkin kini suam kerana tidak mendapat liputan meluas media tetapi akui dia bukanlah individu yang suka muncul di dada akhbar tanpa produk baru.

“Apabila ditawarkan menyanyika­n lagu Mengapa Harus Aku, duet bersama Alyah, saya sangat teruja. Ketika itu saya hanya memikirkan kolaborasi kami dan bukannya lagu.

“Gembira punya pasal, saya setuju dan tidak fikir pun mengenai genre ataupun lirik. Peluang untuk berduet dengan penyanyi yang mempunyai vokal lantang seperti Alyah tidak mudah,” katanya.

Fara akui waktu sama bimbang juga dengan paduan suara ini. Katanya, dia sering bertanya sama ada cara nyanyianny­a okey atau sebaliknya.

“Saya pegang katakata Alyah yang tidak perlu risau mengenai perbanding­an suara dan cara nyanyian. Dia pesan kepada saya, lagu itu adalah lagu kami dan masing-masing bertanggun­gjawab menjayakan lagu berkenaan.

“Tidak ada istilah siapa ‘bunuh’ siapa. Masingmasi­ng ada kekuatan tersendiri,” katanya.

Sepanjang kerjasama itu, Fara terharu kerana Alyah memberikan ruang kepadanya untuk menyuaraka­n pendapat. Dia ingin mendengar pandangan semua individu yang terbabit dalam pembikinan lagu itu supaya lebih berkualiti.

Fara juga tidak menolak akan ada segelintir pendengar yang mungkin membanding­kan vokal mereka berdua atau mempertika­ikan pemilihann­ya. Namun, dia enggan ambil pusing sebaliknya bersiap sedia dengan perbanding­an yang bakal dilakukan.

“Saya tidak mahu terlalu melayan isu sedemikian. Apapun, saya tetap positif dan berharap lagu ini diterima baik,” katanya.

 ?? FOTO: SOLEKAN: ??
FOTO: SOLEKAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia