Harian Metro

Dapat menantu kedua

- Norhayati Nordin

yati@hmetro.com.my

Tiada apa yang lebih membahagia­kan hati seorang bapa apabila dapat menikahkan anak perempuann­ya sendiri.

Itulah yang dirasakan pengarah filem berpengala­man, Aziz M Osman, 54, yang menerima menantu kedua baru-baru ini.

Aziz berkata, memang menjadi niatnya untuk menikahkan anak perempuann­ya sendiri apabila masingmasi­ng bertemu jodoh.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur Allah memakbulka­n niat saya untuk kedua kalinya menikahkan anak perempuan sendiri.

“Ini bermakna kalau diberi kesempatan lagi saya masih ada tiga orang anak perempuan untuk dinikahkan,” katanya.

Pada 30 September lalu, Aziz menerima menantu kedua apabila anak perempuann­ya, Puteri Nur Asyiqin Aziz, 24, berkahwin dengan anggota kumpulan nasyid Devotes, Adi Akmal Sehrom, 31.

Dengan sekali lafaz, Puteri Nur Asyiqin sah bergelar isteri Adi jam 10.40 pagi.

Majlis diadakan di rumah ibu Puteri Nur Asyiqin, Datin Nor Aliah Lee Abdullah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam majlis nikah itu, Puteri Nur Asyiqin menerima mas kahwin RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000 termasuk tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bekerja sebagai akauntan, Puteri Nur Asyiqin adalah anak sulung Aziz bersama Nor Aliah.

Aziz akui sebagai bapa perasaan sebak memang menghambat hatinya apabila hendak melepaskan anak kepada orang lain kerana hubunganny­a dengan anakanak sangat akrab.

“Mereka insan kesayangan saya apatah lagi Puteri Nur Asyiqin. Dia sebenarnya anak yang paling rapat dan manja dengan saya.

“Dulu ketika dia masih kecil, kalau saya bekerja ke luar ibu kota mesti ada baju saya yang perlu ditinggalk­an supaya dia tidak rindu.

“Jadi, apabila kini dia sudah mendirikan rumah tangga dan saya perlu serahkan tanggungja­wab jagaan kepada orang lain, nampaknya saya harus akur diri sudah berusia.

“Anak-anak saya sudah besar dan mereka kini semestinya sudah ada perancanga­n dalam kehidupan sendiri,” katanya.

Mengenai keperibadi­an menantunya, bapa tujuh anak ini berkata, dia melihat Adi sebagai pasangan yang sesuai buat Puteri Nur Asyiqin.

“Anak saya ini seorang wanita bersikap tegas dan berdikari. Adi pula saya lihat dia mampu menjadi seorang suami, kawan dan pendengar yang baik untuk Puteri Nur Asyiqin.

“Doa saya semoga Puteri Nur Asyiqin dapat melalui perjalanan hidupnya sebagai isteri dengan baik dan bahagia,” katanya.

Aziz dan Nor Aliah berkahwin pada 19 Januari 1992 dan bercerai pada

2007 selepas 15 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwina­n itu, mereka dikurniaka­n lima anak iaitu Puteri Nur Asyiqin, Putera Nur Iman, 22, Puteri Nur Aisya, 19, Puteri Nur Ain, 16 dan Putera Nur Ameen, 15.

Aziz juga mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Nurul Fatehah, 29, hasil perkahwina­n pertama.

Kini Aziz bahagia bersama isterinya, Puteri Lily Lokman bersama seorang cahaya mata mereka, Puteri Nur Azzahra, 6. Nor Aliah pula bertemu jodoh dengan

Datuk Mohamad Zekri Ibrahim.

Kata Aziz, dia kini sibuk dengan proses menyiapkan filem terbaru, XXRay 3 yang membariska­n pelakon seperti Izzue Islam, Nonny Nadirah dan Dazrin Kamarudin. Lokasi penggambar­an di Melaka dan Jordan.

 ??  ?? PUTERI Nur Asyikin paling
manja dengan Aziz.
PUTERI Nur Asyikin paling manja dengan Aziz.
 ??  ?? KECERIAAN pada majlis persanding­an Puteri Nur Asyiqin dan suami, Adi Akmal.
KECERIAAN pada majlis persanding­an Puteri Nur Asyiqin dan suami, Adi Akmal.
 ??  ?? NOR Aliah dan Aziz bergambar dengan pasangan pengantin.
NOR Aliah dan Aziz bergambar dengan pasangan pengantin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia