Harian Metro

Aizat kembali segar, bersemanga­t

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Hampir 10 bulan sibuk di lokasi penggambar­an bagi menyiapkan beberapa projek drama, memaksa pelakon Aizat Hassan,

24, melupakan hasratnya untuk bercuti.

Sejak November 2016 hingga Ogos lalu, Aizat mengakui jadual aktiviti seninya agak padat dengan rezeki berlakon tidak putus diterima.

Namun, sebaik berpeluang memperoleh kelapangan masa diidamkan, Aizat terus mengatur percutian singkatnya ke sebuah pulau.

Pada kala kebanyakan selebriti di negara ini lebih gemar memilih destinasi percutian di luar negara atau ke negara jiran, berbeza dengan Aizat.

Aizat atau Rohaizat Hassan lebih selesa bercuti di dalam negara saja kerana berasakan masih banyak destinasi percutian menarik belum dikunjungi.

Katanya, dia memilih Pulau Perhentian di Terengganu, baru-baru ini, untuk percutian tiga hari dua malam selepas sering mendengar pelbagai cerita menarik mengenai destinasi percutian popular ini.

“Ini kunjungan pertama saya ke Pulau Perhatian. Selama ini selalu dengar cerita menarik mengenai pulau ini hingga menarik hati saya untuk melihat sendiri keindahann­ya.

“Sudah lebih 20 tahun saya membesar di Malaysia, baru sekarang ada peluang untuk menjejak kaki di Pulau Perhentian.

“Itu pun rasanya sangat membuatkan saya bersyukur dengan nikmat keindahan alam semula jadi yang Allah kurniakan untuk negara ini,” katanya.

Bagi Aizat yang memulakan karier lakonannya tujuh tahun lalu ketika berusia 16 tahun menerusi filem Aku Tak Bodoh bersama Aeril Zafril, Malaysia memang hebat dan dia rasa bertuah menjadi penghuniny­a.

Terlalu banyak destinasi menarik dalam 14 negeri di Malaysia yang harus dikunjungi untuk kita sebagai rakyat mengenali negara sendiri.

“Apapun, setiap orang ada pilihan masing-masing untuk memilih detinasi percutian mereka. Bagi saya, lebih selesa bercuti dalam negara.

“Asalkan dapat sedikit ruang untuk bercuti bagi merehatkan diri selepas berhadapan tekanan kerja yang berpanjang­an, ia sudah memadai bagi saya,” katanya.

Anak bongsu dalam keluarga ini juga akui mengatur percutian dalam negara juga lebih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia