Harian Metro

Tarikan pelakon Bollywood

-

FILEM: I’m Not A Terrorist

ARAHAN: Arjin Uppal

PELAKON: Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan, Betty Benafe

GENRE: Drama

TAYANGAN: 5 Oktober 2017

ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Filem I’m Not A Terrorist boleh dianggap filem mempunyai idea universal dan menarik untuk diperkatak­an.

Malah di segi set, premis dan kerja kamera agak membanggak­an kerana menggunaka­n lokasi Kashmir yang disifatkan tercantik di dunia.

Paling cantik pastinya babak musim sejuk dengan paparan salji yang menceriaka­n kisah cinta Ummar (Afiq) dan Dayana (Chacha).

Namun begitu, hanya babak-babak indah itu saja yang berjaya menarik penonton kerana seolah-olah babak muzikal dalam filem Bollywood popular.

Penceritaa­n filem tidak sehebat idea. Tarikan utama pastinya pelakon Bollywood popular seperti Farida Jalal, Rahul Dev dan Gulshan Grover.

Mereka bertiga menjadi tarikan yang cukup bermakna. Lakonan Afiq nampak janggal tatkala berbual dalam bahasa

Hindi dengan watak ibunya lakonan Farida dan watak jahat oleh Guishan.

Farida dan Guishan memberi yang terbaik, setaraf dengan pengalaman mereka memegang pelbagai watak sebelum ini.

Chacha pula masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesekali Chacha berjaya memberi impak terutama ketika dia diseksa pengganas.

Dari segi cerita, ia agak sensitif kerana terlalu menonjolka­n keganasan hanya dilakukan penganut Islam saja. Beberapa perwatakan pengganas juga boleh mengundang persoalan buat penonton.

Jujur dikatakan, filem ini perlu diperincik­an dengan lebih mendalam agar tidak menimbulka­n kekeliruan terhadap penonton tempatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia