Harian Metro

Viral urus kerjaya sendiri

-

kena toleh ke belakang semula. Kehidupan tetap harus diteruskan,” katanya.

Pemuda kelahiran Pahang ini berkata, kini dia bersama adiknya membuat segala pengurusan dan perancanga­n karier seni mereka.

“Kami kini giat belajar dan kumpul pengalaman terutama dalam urusan perhubunga­n awam dengan pihak berkaitan.

“Umpamanya, perbincang­an bersama penyanyi atau syarikat produksi yang inginkan kerjasama kami untuk penciptaan lagu,” katanya.

Amzar gembira kerana bekerjasam­a dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak untuk single Kaki Licik.

Katanya, mereka tidak menyangka Zizan sudi dan yakin untuk bekerjasam­a dengan Viral.

Single Kaki Licik ciptaan komposer Sabbala dan Daney On The Beat, manakala lirik ditulis oleh Viral adalah lagu tema filem Abang Long Fadil 2.

Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof kini masih ditayangka­n berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM17.9 juta.

Ahmad Amsyar pula berkata, Viral kagum dan tumpang gembira kejayaan filem Abang Long Fadil 2 di pawagam.

“Ternyata pengalaman berliku dilalui ini ada hikmahnya. Ramai juga penyanyi baru dan lama mahu bekerjasam­a dengan Viral.

“Kini saya dan abang banyak habiskan masa dengan memberi sepenuh tumpuan pada urusan kerja belakang tabir.

“Kami berdua banyak berkongsi idea dalam menghasilk­an lagu baru pelbagai genre mengikut permintaan diterima.

“Biarpun karya kami lebih menonjolka­n genre muzik hip hop, itu tidak bermakna Viral terikat dengan satu jenis muzik saja.

“Dalam karya seni ini, saya dan abang yakin kami perlu kreatif terutama berani mencuba menghasilk­an lagu merangkumi pelbagai genre muzik,” katanya.

Pada awal kemunculan, Viral mula dikenali menerusi single Biasa duet dengan Zahid, diikuti Oh No (duet Tasha Manshahar) dan Kumbang dan Bunga (duet Wani Kayrie).

Mengenai single baru, Ahmad Amsyar akui masih lagi dalam perancanga­n. Katanya, memandangk­an sekarang Viral bergerak sendiri, mereka perlu teliti dalam membuat pemilihan single terbaru untuk diketengah­kan.

“Saya dan abang tidak mahu mengambil langkah terburu-buru semata-mata untuk muncul dengan single baru. Bagi kami, biarlah semua urusan kerja diatur mengikut perancanga­n. Apatah lagi, Viral juga akan mempunyai studio sendiri.

“Kini studio dirancang itu masih dalam proses ubah suai kerana ia membabitka­n rumah kedai yang disewa,” katanya.

 ?? FOTO ?? AMZAR
AMSYAR
FOTO AMZAR AMSYAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia