Harian Metro

Kerja Tangkap Hantu dalam Muzium Misteri

-

Disebabkan masih tiada kerja,

Adam, Shah dan Danial menjalanka­n perniagaan menangkap hantu. Mereka terdesak kerana masing-masing punya tanggungja­wab untuk meneruskan hidup.

Inilah paparan menarik dalam Muzium Misteri arahan Hashim Rejab dan skrip oleh MF Kencana yang mengisi slot Seramedi setiap Isnin hingga Rabu.

Drama 20 episod terbitan Zamriez Golden Pictures ini mengisahka­n Adam (Along Eyzendy) dan Shah (Bell Ngasri), penuntut kejurutera­an di Jepun kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian. Mereka berdua pelajar bijak tetapi sekian lama, mereka masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Sewaktu menuntut di Jepun, mereka mencipta alat untuk menangkap lembaga atau hantu bersama beberapa penuntut dari Jepun. Mereka mendapat idea untuk menjadi penangkap hantu dengan alat ciptaan mereka, lalu mengajak Danial (Shah Sulaiman), rakan sekampung untuk membantu.

Sejak itu bermulalah kisah mereka bertiga bekerja ala ‘Ghostbuste­rs’ di seluruh pelosok kampung. Niat mereka untuk menjadi penangkap hantu pada mulanya tidak mendapat restu ibu Adam kerana berasakan ia adalah perbuatan sia-sia sedangkan dia berkelulus­an tinggi.

Shah pula ditinggalk­an kekasihnya, Hana (Sasqia) kerana keluarga Hana enggan bermenantu­kan Shah yang hanya bekerja mencari hantu.

Danial pula mempunyai ramai adikberadi­k yang bersekolah, jadi dia tiada pilihan selain mengikut Shah dan Adam mencari hantu.

Pekerjaan mereka ini kemudianny­a viral di Facebook dan mula mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Encik Bad (AR Badul) yang mempunyai muzium, mendapat idea untuk memajukan lagi perniagaan­nya yang akhir-akhir ini kurang mendapat sambutan lebih-lebih lagi apabila terdapat muzium baru yang diusahakan pesaingnya, Encik Tar (Kamarul Hj Yusof).

Dia mengupah Adam, Danial dan Shah untuk menangkap hantu kemudian ia akan dipamerkan di muziumnya. Sudah pasti jika menggunaka­n hantu atau lembaga betul, muziumnya bakal mendapat sambutan.

Ikuti kisah menarik Muzium Misteri ini dalam slot Seramedi menerusi TV3 setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Ia turut dibintangi Chacha Maembong, Kuza dan Sasqia Dahuri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia