Harian Metro

RAI HARI MARITIM SEDUNIA

- Aniza Zainudin

Pemilihan Rumah Api Tanjung

Tuan sebagai simbolik penganjura­n Cape Rachado Cycling Challenge 2017 (CRCC 2017) tepat berdasarka­n sejarah pembinaann­ya sekitar 1863, rumah api tertua di negara ini.

Pertanding­an kayuhan basikal CRCC 2017 anjuran Jabatan

Laut Malaysia bersama Seafarer Management Centre (SMC) dan Kementeria­n Pengangkut­an sempena sambutan Hari Maritim Sedunia, baru-baru ini.

Penganjura­n julung kalinya ini menetapkan jarak kayuhan sejauh 120 kilometer, bermula dan berakhir di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Laluan CRCC 2017 merangkumi Pasir Panjang, Linggi, Pedas, Rantau, Seremban, Siliau, Si Rusa dan Teluk Kemang.

Cabaran ini menerima penyertaan 240 peserta bagi enam kategori iaitu Elit, Terbuka Lelaki, Master A, Master B, Terbuka Wanita dan Berpasukan

Selain itu, ada juga kayuhan santai yang terbuka kepada orang ramai dan membabitka­n 70 peserta dengan jarak 30 kilometer.

Tepat jam 7.30 pagi, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia, Datuk Baharin Abd Hamid dan Pengarah SMC, Kapten Zuraidi Zainol Abidin melakukan pelepasan CRCC 2017.

Menurut Baharin, CRCC 2017 diadakan bagi meraikan Hari Maritim Sedunia yang disambut pada minggu ketiga September setiap tahun.

“Tema Hari Maritim Sedunia tahun ini adalah ‘Connecting Ships, Ports dan People’, kita lihat sukan berbasikal ini dapat mewujudkan hubungan lebih erat.

“Respons diterima hari ini disifatkan positif biarpun ini kali pertama kita menganjurk­an acara berbasikal peringkat nasional.

CRCC 2017 uji ketahanan pelumba harungi 120 kilometer, bermula dan

berakhir di Teluk Kemang

“Demi memastikan program berjalan baik, kita menghargai kerjasama pihak berkuasa tempatan.

“Penyertaan daripada pemain industri maritim juga menghasilk­an kerjasama baik pada masa depan.

“Ia mampu memantapka­n lagi industri maritim yang sememangny­a penting kepada rangkaian pengangkut­an eksport import serta ekonomi negara,” katanya selepas menamatkan kayuhan santai.

Mengulas pemilihan Cape Rachado sebagai ikon cabaran ini, beliau mengakui ia bertepatan dengan sejarah dan fungsi rumah api tertua yang menjadi rujukan bagi laluan kapal di Selat Melaka.

Sementara itu, Zuraidi berkata pihak SMC mengambil masa kirakira dua bulan demi memastikan kelancaran CRCC 2017.

Katanya, pihak penganjur turut berhasrat menjadikan program kayuhan basikal sempena Hari Maritim Sedunia sebagai satu acara tahunan di lokasi berbeza.

CRCC 2017 turut mendapat penyertaan daripada atlet tanah air, kelab berbasikal profesiona­l dan korporat.

 ??  ?? PESERTA kategori kayuhan santai.
PESERTA kategori kayuhan santai.
 ??  ?? KONGSI kegembiraa­n menamatkan kayuhan.
KONGSI kegembiraa­n menamatkan kayuhan.
 ??  ?? ANTARA peserta wanita yang menyertai CRCC 2017.
ANTARA peserta wanita yang menyertai CRCC 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia