Harian Metro

Pelbagai menu ketam

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Ketam adalah antara makanan laut yang sangat digemari ramai, apatah lagi spesies bercangker­ang ini boleh divariasik­an menjadi lauk yang enak untuk dimakan bersama nasi, mi, pasta, sup atau diratah begitu saja.

Bagi penggemar ketam, anda boleh mencuba pelbagai sajian berasaskan ketam di Crabby Crab, Seksyen 7, Shah Alam. Antara menu ketam yang meletup seperti burger ketam kulit lembut, sup ketam dan bihun goreng ketam.

Pemiliknya, Mohd Ramdhanny Musram berkata, keistimewa­an ketam ia boleh dimasak dalam pelbagai jenis masakan dan disesuaika­n dengan apa jua jenis hidangan. Justeru penggemar makanan laut pasti tidak akan menolak sebarang sajian ketam kerana tidak mahu terlepas merasai isinya yang lembut dan enak.

“Saya sendiri penggemar ketam, namun kesukaran mendapatka­n variasi hidangan ketam di bawah satu bumbung mencetuska­n ilham kepada saya untuk membuka restoran yang menawarkan pelbagai menu berasaskan ketam.

“Bagi menyediaka­n pelbagai sajian ketam, saya menggunaka­n lebih 40 kilogram ketam seminggu yang dihantar segar oleh pembekal tempatan. Selain burger ketam kulit lembut yang dihidang bersama kentang goreng, sup ketam yang memiliki rasa manis hasil rebusan 40 ekor ketam antara sajian yang mendapat permintaan tinggi pelanggan,” katanya.

Sementara itu hidangan lain yang boleh dinikmati ialah piza ketam, pasta ketam, ketam telur masin, ketam mentega bawang putih, ketam masak cili, ketam bersama sos istimewa gasolina dan anak ketam (baby crab) bersama sos istimewa.

Ketam yang lazim digunakan dalam masakan adalah ketam nipah, ketam bunga dan ketam berkulit lembut.

Restoran berkenaan juga menghidang­kan pelbagai makanan laut lain seperti ikan, udang, sotong, kerang dan kepah yang dijual mengikut saiz hidangan kecil, sederhana dan besar.

 ??  ?? MOHD Ramdhanny
bersama sajian ketam yang menjadi kegemaran ramai
di Crabby Crab.
MOHD Ramdhanny bersama sajian ketam yang menjadi kegemaran ramai di Crabby Crab.
 ??  ?? BURGER ketam kulit
lembut boleh terus dimakan tanpa perlu
mengupas kulit.
BURGER ketam kulit lembut boleh terus dimakan tanpa perlu mengupas kulit.
 ??  ?? BIHUN sup ketam
yang manis dengan rebusan tiga jenis ketam.
BIHUN sup ketam yang manis dengan rebusan tiga jenis ketam.
 ??  ?? BIHUN goreng dengan ketam kulit lembut menambat selera.
BIHUN goreng dengan ketam kulit lembut menambat selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia