Harian Metro

TAWARAN HEBAT VW

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Pakej menarik untuk model Vento, Jetta dan Passat

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarka­n kempen Volkswagen Sedanza dengan tawaran hebat bagi memandu pulang barisan model sedan bermula sekarang sehingga 31 Disember depan.

Tiga model sedan popular seperti Vento, Jetta dan Passat dengan barisan enjin serta prestasi kini mampu dimiliki.

Antara tawaran diberi termasuk rebat sehingga RM15,000, pinjaman kadar faedah rendah bermula 0.28 peratus dan servis percuma selama lima tahun.

Pelanggan yang telah ‘mengintai’ sedan Volkswagen akan dimanjakan untuk pilihan dengan senarai ‘hadiah’ dan penawaran hebat seperti yang disenaraik­an di bawah:

Bagi model Vento 1.2L, pembeli bakal menikmati rebat RM10,000 dan servis percuma selama lima tahun, manakala pembeli varian

1.6L turut menikmati tawaran sama termasuk kadar faedah serendah 0.28 peratus.

Kadar faedah serendah 0.88 peratus, rebat RM10,000 dan lima tahun servis percuma pula ditawarkan bagi pembeli model Jetta Comfortlin­e tetapi hanya rebat sebanyak RM8,000 diberikan untuk varian Highline.

Model Passat 1.8L dan

2.0L turut ditawarkan kadar faedah 0.88 peratus dan servis percuma selama lima tahun, selain rebat RM15,000 (varian 1.8L).

Untuk mengetahui lebih lanjut atau menguji memandu kereta ini, orang ramai boleh ke pengedar sah Volkswagen terdekat atau layari laman sesawang www.volkswagen. com.my.

 ??  ?? TAWARAN menarik model sedan Volkswagen.
TAWARAN menarik model sedan Volkswagen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia