Harian Metro

Penjagaan rantai O-ring

-

Apakah perbezaan di antara rantai biasa dan rantai O-ring serta benarkah rantai harus selalu diminyakka­n dengan minyak hitam?

Mujid Rahman,

Ipoh, Perak

Rantai secara amnya terdapat dalam dua jenis iaitu rantai biasa serta rantai yang dilengkapi ‘O-ring’ yang lazim digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi serta dalam perlumbaan.

Rantai harus dilincirka­n selalu untuk menjamin ketahanan dan rantai yang baik boleh bertahan sehingga dua tahun dalam penggunaan biasa jika dijaga dengan baik.

Penjagaan rantai agak mudah, pastikan rantai sentiasa dilincirka­n dan tidak kering kerana rantai yang kering akan cepat panas serta cepat haus, begitu juga gegancu atau sprocket.

Pun begitu harus difahami bahawa rantai ‘O-ring’ memerlukan minyak khas yang sesuai untuk kegunaan rantai ‘O-ring’, kerana minyak yang tidak sesuai akan menyebabka­n ia menjadi kembang dan membocorka­n gris yang terdapat di dalam rantai itu.

Sentiasa minyakkan rantai anda dengan minyak khas untuk rantai kerana minyak hitam mungkin mengandung­i bahan logam yang haus daripada enjin.

Rantai yang dilincirka­n juga mudah menjadi kering selepas perjalanan meredah hujan, oleh itu jadikanlah amalan melincirka­n semula rantai selepas hujan.

Bersihkan rantai selepas melalui jalan yang berdebu kerana debu jalanan akan melekat dan mempercepa­tkan kehausan lantas memendekka­n usia rantai serta gegancu anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia