Harian Metro

Rantai kendur

-

Rakan saya mengatakan rantai motosikal saya seperti beralun-alun apabila ditunggang. Apakah sebabnya dan adakah ianya berbahaya dan bagaimana untuk menjaga rantai, kerana selama ini saya hanya ke bengkel untuk melakukann­ya. Apakah cara yang betul?

Rizal Mohamad, Temerloh, Pahang Rantai yang kelihatan beralun adalah disebabkan oleh rantai yang terlalu kendur. Cuba periksa rantai anda dengan menongkatk­an motosikal dengan tongkat tengah.

Masukkan gear dan pusingkan tayar ke belakang untuk menegangka­n bahagian atas rantai.

Kemudian periksa tahap kekenduran rantai di bahagian bawah dan jika digerakkan ke atas serta ke bawah, kekenduran rantai tidak harus melebihi 3045mm.

Satu lagi tanda kehausan rantai ialah apabila rantai tidak lagi sama muat dengan gegancu anda. Tegangkan rantai dan cuba gerakkan rantai itu di gegancu, jika ia longgar tandanya rantai telah haus serta perlu ditukar kerana rantai akan memanjang apabila lama digunakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia