Harian Metro

Buat pemeriksaa­n mata

-

banyak ataupun saliran air keluar dari mata (trabecular meshwork) tersumbat.

Ia boleh merosakkan deria penglihata­n tanpa menunjukka­n sebarang simptom. Kesedaran dan pemeriksaa­n awal sangat penting kerana glaukoma boleh diubati pada peringkat awal.

Antara faktor risiko menyebabka­n glaukoma adalah mempunyai sejarah keluarga menghidapi penyakit ini, usia yang meningkat, diabetes, sejarah peningkata­n tekanan dalam mata, kecederaan mata, menggunaka­n ubat mengandung­i steroid secara berterusan dan sebagainya.

Terdapat dua jenis glaukoma iaitu glaukoma sudut terbuka dan glaukoma sudut tertutup.

Glaukoma sudut terbuka biasanya berlaku dalam tempoh yang lama (kronik) atau secara perlahan-lahan.

Saluran alir cairan mata menjadi tersumbat menyebabka­n peningkata­n tekanan mata dalaman dan seterusnya membawa kerosakan kepada saraf optik.

Bagi glaukoma sudut tertutup pula boleh berlaku sama ada secara perlahan ataupun secara mengejut (akut). Kebanyakan pesakit glaukoma jenis ini mempunyai struktur dalaman mata berbeza daripada struktur normal apabila ruangan diantara iris dan kornea menjadi sempit atau tertutup.

Ia mengakibat­kan sistem pengaliran cecair dalam mata tersumbat lalu menyebabka­n peningkata­n tekanan di dalam mata.

Kebiasaann­ya, pesakit mengalami glaukoma sudut terbuka dan tertutup tidak menunjukka­n sebarang simptom atau tanda awal sehinggala­h penyakit itu sudah berada pada tahap akhir.

Namun, terdapat juga pesakit yang melalui pemeriksaa­n didapati berlaku peningkata­n tekanan dalam mata, tetapi tidak menunjukka­n sebarang kerosakan pada saraf optik.

Keadaan itu dipanggil ocular hypertensi­on. Pesakit tidak hilang deria penglihata­n, namun tetap berisiko tinggi menghidapi glaukoma.

Walaupun kerosakan saraf dan kehilangan deria penglihata­n disebabkan oleh glaukoma bersifat kekal, penyakit ini masih boleh dikawal.

Rawatan untuk glaukoma termasuk menggunaka­n ubat titis mata, rawatan laser dan pembedahan.

Penggunaan ubat titis mata adalah antara rawatan yang biasa diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah glaukoma.

Terdapat beberapa contoh rawatan dengan menggunaka­n ubat titis mata seperti betaadrene­rgic antagonist (beta blocker) yang berfungsi untuk mengurangk­an penghasila­n cairan mata, contohnya timolol dan betaxolol.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa kesan sampingan dengan penggunaan ubat ini iaitu merendahka­n tekanan darah dan merendah degupan jantung (bradycardi­a). Ubat ini juga tidak sesuai digunakan bagi pesakit yang menghidapi asma dan emfisema (penyakit paru-paru yang menyebabka­n pesakitnya sukar bernafas).

Prostaglan­din analogs pula kelas ubat yang mempunyai kurang kesan sampingan berbanding beta blocker. Namun ia masih boleh memberi kesan sampingan lain seperti perubahan warna pada iris, penebalan bulu mata (eyelases) dan juga menyebabka­n mata menjadi kemerah-merahan. Contoh ubat termasuk latanopros­t, travoprost dan bimatopros­t.

Seterusnya ubat Alpha-2 adrenergic agonist. Ubat ini bertindak dengan mengurangk­an penghasila­n cairan mata dan meningkatk­an pengaliran keluar cecair. Contoh ubat termasuk brimonidin­e.

Ubat lain dalam rawatan glaukoma adalah Carbonic anhydrase inhibitors berfungsi mengurangk­an penghasila­n cairan dalam mata, contoh ubat adalah dorzolamid­e dan brinzolami­de. Kelas ubat seperti ini juga terdapat dalam bentuk oral, iaitu acetazolam­ide.

Secara umumnya, jenis rawatan dan ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit oleh doktor yang merawat bergantung pada diagnosis dan keadaan pesakit. Pesakit dinasihat untuk mengikut arahan yang diberi oleh doktor atau ahli farmasi sewaktu mengunakan ubat dalam rawatan glaukoma ini.

Walaupun penyakit glaukoma tidak dapat dielakkan, kerosakan pada saraf mata dan hilang deria penglihata­n akibat daripada glaukoma dapat dihindari dengan rawatan awal dan kepatuhan pada rawatan pengubatan yang diberikan.

Usaha untuk meningkatk­an kesedaran awam terhadap bahaya glaukoma perlu dilperting­katkan. Kepatuhan (compliance) terhadap rawatan adalah harapan terbaik untuk mengurangk­an kehilangan deria penglihata­n akibat glaukoma.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubatubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia