Harian Metro

Tak perlu makan untuk dua

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Kebanyakan wanita hamil ingin mengekalka­n bentuk badan agar sentiasa nampak cantik, namun hal ini mustahil kerana wanita hamil akan mengalami perubahan bentuk fizikal termasuk pertambaha­n berat badan. Bagaimanap­un, memang membimbang­kan jika pertambaha­n berat badan berlaku secara mendadak dan tidak terkawal. Ia tidak sahaja memberikan risiko buruk kepada ibu malah bayi dalam kandungan.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr Patricia Lim Su Lyn berkata, kebanyakan wanita obes sukar hamil.

“Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi.

“Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan berlebihan boleh meletakkan risiko yang lebih tinggi untuk mengalamin­ya.

“Antaranya wanita hamil obes lebih mudah mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, sleep apnea (pernafasan terhenti ketika tidur), keguguran, darah beku pada kaki atau komplikasi kepada bayi,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurut Patricia, masyarakat kita sering ‘dimomokkan’ apabila hamil perlu makan untuk dua orang termasuk bayi sedangkan ia tidak perlu.

“Wanita yang makan dengan jumlah besar ketika hamil akan mudah naik berat badan. Lebih buruk, lemak yang dihasilkan itu sukar untuk dibuang selepas kelahiran bayi.

“Malah, mereka juga berdepan pelbagai risiko lain seperti berkemungk­inan menjalani pembedahan sewaktu bersalin mahupun kematian bayi.

“Cukup dengan pengambila­n minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

“Jangan lupa vitamin penting seperti vitamin D,” katanya.

Selain itu, ramai juga yang berpendapa­t hamil adalah masa wanita berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sebenarnya ia adalah mitos semata-mata.

“Sebenarnya wanita hamil amat digalakkan aktif dan bersenam. Senaman yang kerap adalah cara paling berkesan untuk mengurangk­an berat badan.

“Malah, senaman juga digalakkan ketika hamil. Ia membantu menghadapi masalah biasa berkaitan dengan kehamilan seperti sakit belakang dan sembelit.

“Bagaimanap­un, jika tidak biasa bersenam sebelum hamil, maka ini bukanlah masa yang sesuai untuk memulakan senaman yang berat.

“Senaman yang kerap ketika hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran.

“Ia juga satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamany­a apabila digabungka­n dengan diet yang sihat dan boleh mengurangk­an risiko melahirkan bayi yang besar,” katanya.

 ??  ?? INFO
Tip pemakanan sihat
Hadkan pengambila­n makanan yang tinggi kalori seperti makanan bergoreng, makanan segera, daging terproses, pencuci mulut yang manis seperti kek, kuih dan makanan ringan (yang disediakan secara komersial contohnya kerepek...
INFO Tip pemakanan sihat Hadkan pengambila­n makanan yang tinggi kalori seperti makanan bergoreng, makanan segera, daging terproses, pencuci mulut yang manis seperti kek, kuih dan makanan ringan (yang disediakan secara komersial contohnya kerepek...
 ??  ??
 ??  ?? DR Patricia
DR Patricia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia