Harian Metro

RAMPAS CCTV

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

 Polis rakam percakapan 18 individu bantu siasatan kes rogol atlet renang

Setakat ini, tiada mangsa lain yang tampil membuat laporan Mohamad Fuzi Harun

Polis sudah merakam keterangan 18 individu selain merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan kes rogol atlet renang negara di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya turut mendapatka­n kerjasama daripada unit forensik, pakar kimia dan patologi bagi melengkapk­an siasatan kes berkenaan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Katanya, setakat ini, hanya seorang suspek lelaki yang dianggap suspek utama kes itu ditahan, namun beliau tidak menolak kemungkina­n ada tangkapan lain jika ada keperluan dan ia bergantung kepada hasil siasatan.

“Setakat ini, tiada mangsa lain yang tampil membuat laporan, hanya satu (seorang). Kita akan jalankan siasatan dan siapkan kertas siasatan untuk dihantar ke pejabat Peguam Negara secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-64 Juhar di Istana Negeri, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi antara lima penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah selain Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.

Isnin lalu, seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan di Sri Petaling, Kuala Lumpur selepas dipercayai merogol seorang atlet renang.

Suspek berusia 35 tahun berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR) ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, Ahad

lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia