Harian Metro

Rumah setinggan dihuni tiga beranak terbakar

-

Miri: Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah setinggan dihuni berhampira­n tapak pelupusan sampah, Batu 1, Kuala Baram di sini, musnah dalam kebakaran, jam 2 pagi, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 1.56 pagi.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerah ke lokasi. Bukan saja rumah dua tingkat itu terbakar, malah kebakaran turut memusnahka­n stor berhampira­n yang dihuni seorang lelaki warga Indonesia.

“Warga Indonesia terbabit sempat menyelamat­kan diri. Kebakaran dipadamkan sepenuhnya jam 3.13 pagi,” katanya.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah setinggan berhampira­n tapak pelupusan sampah, Batu 1, Kuala Baram.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah setinggan berhampira­n tapak pelupusan sampah, Batu 1, Kuala Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia