Harian Metro

Semua pihak perlu sedia hadapi banjir

-

Kuching: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar menyeru Majlis Keselamata­n Negara (MKN), jabatan dan agensi berkaitan seluruh negara supaya bersiap sedia menghadapi bencana banjir sekiranya hujan berterusan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hujan dijangka semakin kerap melanda mulai bulan ini.

“Jadi, saya memberikan peringatan awal kepada semua pihak berkaitan, khususnya MKN supaya membuat persiapan awal mulai sekarang

“Malah, di Semenanjun­g, beberapa kawasan turut dilanda banjir,” katanya selepas Majlis Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Parlimen Santubong kepada Pertubuhan dan Persatuan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dan DUN Demak Laut di Dewan Serbaguna Pusat Khidmat Parlimen Santubong di sini, semalam.

Pada majlis itu, peruntukan geran MRP berjumlah RM247,920 disampaika­n kepada 71 pertubuhan dan persatuan dalam Parlimen Santubong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, permulaan peralihan arah angin dari barat daya ke timur laut dikesan bermula Jumaat lalu.

“Bagaimanap­un, masih terlalu awal bagi meramalkan kawasan yang berkemungk­inan dilanda banjir.

“Tambahan pula, corak taburan hujan negara ini juga sudah berubah. Ia sekali gus menyebabka­n banjir berlaku di kawasan yang tidak dijangka sebelum ini,” katanya.

Justeru, beliau sudah mengarahka­n JPS, Jabatan Meteorolog­i dan Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menjalanka­n kajian terhadap perubahan taburan hujan negara ini dengan segera.l

“Ia dijangka siap selewat-lewatnya pertengaha­n November ini,” katanya.

 ??  ?? WAN Junaidi (tengah) menyampaik­an geran peruntukan MRP Parlimen Santubong kepada wakil persatuan.
WAN Junaidi (tengah) menyampaik­an geran peruntukan MRP Parlimen Santubong kepada wakil persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia