Harian Metro

TIBA-TIBA ‘GHAIB’

115 pusat judi online pernah diserbu tidak beroperasi Mesin, peralatan pertaruhan dipindah ke lokasi tidak diketahui

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Mesin perjudian dalam talian didapati ‘ghaib’ apabila hampir keseluruha­n premis di ibu kota mengosongk­an premis masing-masing dan membawa keluar mesin perjudian berkenaan.

Malah ada antara premis perjudian itu menukar premis berkenaan kepada pusat snuker dan rekreasi.

Sehingga kini, polis masih belum mendapat maklumat di mana sindiket berkenaan menyimpan alat dan mesin perjudian berkenaan.

Bagaimanap­un, dalam Ops Waran Geledah yang dijalankan Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama daerah Dang Wangi, Sentul, Cheras, Brickfield­s dan Wangsa Maju malam kelmarin mendapati 115 premis sudah tidak beroperasi.

Hasil serbuan yang dijalankan secara serentak itu, hanya dua premis di dalam daerah Dang Wangi, dikesan masih menyimpan peralatan dan rangka mesin perjudian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, serbuan berkenaan adalah untuk memastikan premis yang pernah diserbu sebelum ini tidak beroperasi semula.

“Secara keseluruha­n kami mendapati semua premis berkenaan tidak beroperasi semula selain tidak mempunyai sebarang peralatan seperti komputer, simulator, monitor, papan kekunci yang lazimnya digunakan dalam aktiviti judi dalam talian.

“Namun dalam pemeriksaa­n ke atas dua premis di Chow Kit dan Jalan Ampang, pihak polis menemui dan merampas empat monitor, tujuh komputer, 55 papan kekunci serta lapan simulator yang tidak digunakan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas tamat operasi berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dan serbuan ke atas premis perjudian di sekitar Kuala Lumpur, dilakukan sejak sebulan lalu.

“Operasi ini juga adalah bagi memastikan mana-mana sindiket perjudian cuba untuk menjalanka­n semula aktiviti perjudian mereka secara sembunyi.

“Justeru, Polis Kuala Lumpur akan terus memohon waran geledah daripada pihak mahkamah untuk meneruskan tindakan penggeleda­han di premis perjudian yang masih meneruskan aktiviti mereka,” katanya.

Hasil tinjauan Metro Ahad bersama pihak polis sepanjang operasi berkenaan, kesemua premis di daerah Sentul dan Wangsa Maju, didapati dikosongka­n oleh sindiket perjudian.

Sindiket terbabit bertindak sedemikian dipercayai selepas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, mengisytih­arkan perang habis-habisan terhadap aktiviti perjudian dalam talian pada 27 September lalu.

 ??  ?? ANGGOTA polis memotong mangga premis ketika menyerbu sebuah pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut.
ANGGOTA polis memotong mangga premis ketika menyerbu sebuah pusat judi pada Operasi Serentak Waran Geledah di Segambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia