Harian Metro

TRAGEDI MAHOGANI

“Anak saya menjadi harapan keluarga, malah dalam percubaan SPM baru-baru ini dia memperoleh 8A,” kata Abd Halim Rani, 50. Anak kedua daripada sembilan anaknya itu, Muhammad Zulfahmi , 17, terbunuh di tempat kejadian selepas van milik sekolah dinaikinya di

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman @hmetro.com.my

Kuala Terengganu

“Anak saya memang seorang yang ceria dan menjadi harapan keluarga kerana sering menunjukka­n prestasi cemerlang dalam pelajaran malah dalam percubaan SPM baru-baru ini dia memperoleh 8A,” kata Abd Halim Rani, 50.

Anak kedua daripada sembilan anaknya itu, Muhammad Zulfahmi, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, terbunuh di tempat kejadian selepas van milik sekolah yang dinaikinya dihempap dahan pokok Mahogani yang tiba-tiba patah di Jalan Batu Rakit, Kuala Nerus, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari dalam keadaan cuaca baik itu, dia bersama rakannya, Muhammad Zul Afkar Fauzi, 17, dalam perjalanan ke Hotel Permai untuk menghadiri Kem Elit SPM anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan menaiki van dipandu Mohd Amin Ibrahim, 36.

Mohd Amin turut terbunuh dalam kejadian berkenaan, manakala Muhammad Zul Afkar yang duduk di bahagian belakang cedera parah di kepala.

Dalam kejadian itu, dua wanita yang menaiki Perodua Kancil di laluan bertentang­an dengan van berkenaan turut parah dan semua mereka dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Abd Halim yang juga pegawai MARA Daerah Hulu Terengganu berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya adalah pada Khamis lalu ketika menyertai solat hajat di sekolah.

“Dia tidak menunjukka­n sebarang perubahan, dia memang ceria seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ, di sini.

Menurutnya, walaupun hatinya hancur luluh dengan kejadian berkenaan tetapi semua ahli keluarga reda kerana mungkin itu sudah ajal anak lelakinya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata, Allahyarha­m Muhammad Zulfahmi dan Muhammad Zul Afkar adalah pelajar harapan Terengganu untuk memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaa­n SPM tahun ini.

“Jabatan Pendidikan negeri amat sedih kerana dua

>>Zulfahmi dan Zul Afkar dalam perjalanan ke Kem Elit SPM menaiki van dipandu Amin

 ??  ?? MUHAMMAD ZULFAHMI
MOHD AMIN
MAUT
MAUT
MUHAMMAD ZULFAHMI MOHD AMIN MAUT MAUT
 ??  ?? AMIN ANGGOTA bomba membawa keluar mayat yang tersepit.
ZULFAHMI
AMIN ANGGOTA bomba membawa keluar mayat yang tersepit. ZULFAHMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia