Harian Metro

SANGKUT GAGAL LARI

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Lelaki angkat motosikal lintas penghadang jalan elak ditahan dalam sekatan jalan raya tersangkut Gerakan bagi membantera­s kegiatan lumba haram di sekitar daerah ini disertai lapan pegawai dan 62 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang serta Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ)”

Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

Usaha seorang lelaki yang sanggup mengangkat motosikaln­ya melintasi penghadang jalan dalam cubaan untuk melarikan diri pada sekatan jalan raya di Kilometer 17 Lebuhraya Grand Saga, di sini, malam kelmarin gagal apabila dia ditahan.

Lelaki berusia 20-an itu menunggang motosikal secara berseorang­an sebelum cuba melarikan dan mengangkat motosikaln­ya namun tersangkut pada penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam operasi berkenaan 135 saman dikeluarka­n pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan trafik.

Menurutnya, operasi bermula jam 11 malam hingga 5 pagi tadi memeriksa 146 kenderaan dan 159 individu.

“Gerakan bagi membantera­s kegiatan lumba haram di sekitar daerah ini disertai lapan pegawai dan 62 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang serta Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Daripada 146 kenderaan diperiksa, 139 adalah motosikal. Beberapa kesalahan trafik dikesan antaranya menunggang tanpa lesen, lesen tamat tempoh, tiada cukai jalan dan nombor pendaftara­n serta ubah suai motosikal.

“JPJ pula mengeluark­an 20 notis pemeriksaa­n semula kenderaan yang perlu dilakukan di JPJ Cawangan Bandar Baru Bangi,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, semua penunggang motosikal yang ditahan itu turut menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasilnya polis mengesan seorang lelaki dikehendak­i yang ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI yang motosikaln­ya tersangkut pada penghadang jalan ketika cuba melarikan diri.
LELAKI yang motosikaln­ya tersangkut pada penghadang jalan ketika cuba melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia