Harian Metro

TERBAIK BOH!

- Zatul Iffah Zolkiply & Rosli Ilham sukan@hmetro.com.my

 Lebih 1,000 peserta harungi pelbagai rintangan membabitka­n laluan sejauh 38 kilometer

Kejohanan berbasikal lasak Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 yang diadakan di Kerteh, semalam boleh disifatkan amat berjaya dengan disertai lebih 1,000 peserta.

Perlumbaan basikal lasak yang membabitka­n laluan sejauh 38 kilometer itu bermula di Jalan Ilmu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh sebelum ke garisan penamat di lokasi sama.

Majlis pelepasan disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Rosli Othman.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib; Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah dan Pengarang Eksekutif (Rencana & Pengeluara­n) Harian Metro, Othman Mamat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP, Jeannie Leong; Guru Besar SK Kerteh, Mohd Rozi Hamid; Pengurus Komunikasi Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Siti Aniza Abdul Rahman; Pengurus Besar Penjenamaa­n Universal Fitness & Leisure Sdn Berhad (UFL) dan Pembanguna­n Jenama Deuter, Ahmad Termizi Mahmud; Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Serantau, LeRun Industries Sdn Bhd, Marcus Leong.

Sementara itu, Othman berkata, pemilihan Kerteh sebagai lokasi siri kedua HMMTB dibuat atas permintaan ramai di Pantai Timur selain sempena Visit Beautiful Terengganu tahun ini.

“Trek kali ini dijangka mencabar daripada segi kemahiran mengemudi dan teknikal peserta yang pada keseluruha­nnya dijangka akan mengambil masa antara dua hingga empat jam mengikut tahap ketahanan dan kemahiran masing-masing.

“Pelbagai rintangan ‘off-road’ termasuk laluan berbukit, berair, cerunan curam, batu batan dan laluan sempit ditempuh peserta yang pastinya mencabar stamina dan kelebihan dalam mengendali­kan basikal di sepanjang laluan,” katanya selepas melepaskan peserta kejohanan di Kerteh, semalam.

Kejohanan itu membabitka­n tiga lokasi bagi merancakka­n aktiviti sukan berbasikal tempatan.

Sebanyak lima kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki Junior (19 tahun ke bawah), Lelaki Terbuka (20 hingga 35 tahun), Lelaki Junior Master (36 hingga 44 tahun), Lelaki Senior Master (45 tahun ke atas) dan Terbuka Wanita.

HMMTB mendapat kerjasama daripada Affin Bank Group sebagai penaja utama selain beberapa rakan penaja lain seperti Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Demak, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Julies Biscuits, Mamee Double-Decker, Isuzu Malaysia dan Resort World Kijal.

Sebelum ini, kejohanan siri pertama diadakan di Bukit Merah Laketown Resort pada 29 Julai lalu dan siri ketiga akan diadakan pada 2 Disember di Sungai Buaya, Selangor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia