Harian Metro

DARI MUAR KE SHAH ALAM

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Sejurus tamat tahanan reman selama dua hari di Muar, Johor kelmarin, Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman terus dibawa ke daerah ini semalam untuk direman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitka­n nilai RM6.2 juta.

Boy Iman yang dibawa dengan kenderaan polis tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam jam 10.15 pagi.

Selain beliau, tiga pengarah Syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun turut dibawa ke mahkamah itu untuk mendapatka­n perintah reman.

Boy Iman dikenakan perintah reman selama tiga hari mulai semalam sehingga esok manakala tiga pengarah berkenaan direman dua hari bermula semalam hingga hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam Nurhidayah Abd Mutalib mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, perintah reman itu dikeluarka­n selepas polis menerima dua laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources yang turut membabitka­n mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan terbaru di Selangor.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitka­n kerugian keseluruha­n sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini difahamkan lebih 200 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

 ??  ?? MAHKAMAH Majistret mengeluark­an perintah tahanan reman terhadap Boy Iman untuk tiga hari lagi.
MAHKAMAH Majistret mengeluark­an perintah tahanan reman terhadap Boy Iman untuk tiga hari lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia