Harian Metro

‘Rumah anggur’ jadi tumpuan

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Melaka: Kediaman Abd Malik Derapau, 45, di Kampung Paya Rumput terus menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bergambar kenangan dengan berlatar belakangka­n pokok anggur ditanam yang kini mengeluark­an buah sepanjang tahun.

Pokok anggur itu yang biasanya hidup subur di kawasan tanah tinggi atau pergununga­n menjadi tumpuan orang ramai berikutan mampu hidup dan berbuah dalam iklim khatulisti­wa.

Abd Malik berkata, ketika ini, dia menerima semua tetamu yang datang untuk melihat sendiri pokok anggur ditanamnya lebih lima tahun lalu.

Menurutnya, dua benih pokok anggur itu dibeli sekitar RM50 kini hidup subur dan mengeluark­an buah yang dinikmati bersama keluarga dan tetamu.

Katanya, pokok anggur berkenaan adalah daripada jenis anggur hijau dan hitam. Ia berbuah tiga kali setahun namun ada ketikanya sehingga empat kali. Ia ditanam di depan rumah tanpa persediaan khusus.

“Boleh kata sepanjang tahun kami sekeluarga nikmati buah anggur segar, kalau ada lebih diberikan kepada tetamu yang singgah untuk bergambar.

“Kebiasaann­ya, pokok ini mengeluark­an sehingga 25 perdu mengandung­i enam ke 10 buah.

“Saya tanam pokok ini pada jarak selang satu meter, melihat ia semakin membesar, saya bina para yang kukuh menggunaka­n kayu supaya ia boleh terus membesar.

“Seronok apabila melihat

Hujan berterusan lebih enam jam menyebabka­n jambatan sementara Kampung Pulau Setelu tenggelam buat kali ke-22 tahun ini.

Jambatan itu menghubung­kan Jalan Gua Musang-Jeli mula tenggelam 7 pagi semalam, sehingga beberapa jam menyebabka­n puluhan kenderaan terkandas.

Pengguna laluan itu, Sulaiman Ahmad, 48, berkata, dia dalam perjalanan dari Gua Musang ke Jeli ketika tiba di jambatan itu dan melihat paras air Sungai Nenggiri yang mula menenggela­mkan sebahagian jambatan.

“Ketika itu, hanya sebahagian sahaja jambatan terjejas, tapi saya takut hendak menyeberan­ginya kerana arus sungai deras.

“Lagipun jambatan ini tidak sekukuh jambatan konkrit dan sudah banyak kali tenggelam. Jadi perlu lebih perdu buah anggur tergantung, rasa tak sabar menunggu ia masak,” katanya, semalam.

Katanya, buah anggur berkenaan tidak pernah dijual dan sekadar menjadi hidangan mereka sekeluarga atau diberikan kepada tetamu.

 ??  ?? PEN DUDUK membersihk­an sisa kayu tersekat di jambatan sementara di Setelu.
PEN DUDUK membersihk­an sisa kayu tersekat di jambatan sementara di Setelu.
 ??  ?? ORANG ramai bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan pokok anggur di rumah Abd Malik Derapau di Kampung Paya Rumput.
ORANG ramai bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan pokok anggur di rumah Abd Malik Derapau di Kampung Paya Rumput.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia